More

    HONOR bangunkan bateri telefon berkapasiti 12,000mAh dan “dual-cell” 10,000mAh

    HONOR dilaporkan sedang memperkukuh strategi bateri besarnya dengan merancang lebih banyak telefon pintar berkapasiti bateri 10,000mAh. Menurut sumber, HONOR sedang membangunkan sekurang-kurangnya empat lagi telefon pintar baharu dengan bateri berkapasiti 10,000mAh. Jika digabungkan dengan tiga model sedia ada, ini menjadikan jumlah keseluruhan kepada tujuh peranti dalam kategori tersebut.

    Setakat ini, tiada jenama lain yang menghampiri skala ini dalam pasaran telefon pintar dunia. Antara peranti yang paling mencuri perhatian ialah satu model yang dikatakan akan hadir dengan bateri sehingga 12,000mAh dan satu lagi model pula dilaporkan menggunakan rekaan bateri dual-cell 10,000mAh.

    Rekaan ini bukan sahaja membantu pengurusan haba lebih baik, tetapi juga meningkatkan kecekapan pengecasan yang membolehkan sokongan pengecasan pantas sehingga 120W tanpa masalah panas berlebihan. Walaupun nama rasmi belum disahkan, ia dipercayai mungkin hadir dalam siri HONOR X80, HONOR Power 3 dan WIN 2 Series baharu.

    Ketika ini, HONOR sudah pun mendominasi segmen kapasiti bateri dalam pasaran China dengan tiga daripada empat telefon 10,000mAh sedia ada dimiliki oleh mereka. Satu-satunya pesaing ialah vivo Y600 Pro yang hadir dengan bateri 10,200mAh pada segmen harga lebih rendah.

    Sementara itu, jenama lain seperti OPPO, Xiaomi dan HUAWEI juga dikatakan sedang membangunkan peranti dalam kategori sama. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured