More

    HONOR bekerjasama dengan Digi, Celcom dan Maxis lancarkan pelan pascabayar HONOR X9a 5G

    Telefon pintar HONOR X9a 5G yang terkenal dengan skrin melengkung OLED Ultra Kukuh telah mendapat sambutan memberangsangkan di seluruh negara. Kini, HONOR telah bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi Digi, Celcom dan Maxis untuk menawarkan pakej pascabayar menarik kepada penggunanya. 

    Anda boleh dapatkan telefon pintar HONOR X9a dengan mendaftar pelan pascabayar Celcom MEGA™ 158 bersama hadia percuma bernilai RM169. Anda boleh klik di sini untuk ketahui maklumat lanjut tentang pelan pascabayar Celcom bagi HONOR X9a 5G.

    Bagi pengguna Digi atau yang ingin menggunakan telko Digi, anda boleh mendaftar pelan Digi Postpaid 90 dan miliki HONOR X9a 5G yang ringan pada hanya RM299. Untuk maklumat lanjut mengenai pelan pascabayar Digi untuk HONOR X9a 5G, sila layari laman web rasmi Digi.

    Akhir sekali, pelan Maxis Postpaid 128 mampu memberikan anda peranti skrin kukuh ini pada hanya RM99 sahaja. Pelanggan Maxis juga diberi pelindung skrin percuma (bernilai RM169) selama 180 hari apabila membuat pembelian di kedai dalam talian Maxis. Klik di sini untuk tahu butiran pelan pascabayar Maxis bagi HONOR X9a 5G.

    Untung mengimbas kembali, HONOR X9a 5G menampilkan skrin OLED berukuran 6.67 inci yang melengkung di bahagian sisi. Ia menawarkan paparan yang sangat menarik iaitu dengan nisbah skrin-ke-badan sebanyak 93% untuk sempadan bezel nipis, gamut warna DCI-P3 100% yang menghasilkan 1.07 bilion warna dan kadar segar semula 120Hz untuk animasi yang lancar.

    Untuk RAM, HONOR X9a 5G mempunyai RAM 8GB yang boleh dibesarkan lagi dengan RAM maya sebanyak 5GB, menjadikan RAM keseluruhannya sebanyak 13GB. Storan dalamannya pula berkapasiti 256GB namun tidak boleh dibesarkan dengan kad memori microSD.

    Sekiranya anda berminat, anda boleh pergi ke kedai HONOR berhampiran atau layari laman web HONOR. Kongsipendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...