More

    HONOR dan Enrich bekerjasama: Tawarkan akses ke Golden Lounge, tebus tiket dan produk syarikat

    Setelah pelancaran siri HONOR Magic, HONOR Malaysia bekerjasama dengan Enrich Malaysia Airlines untuk memberi 7,000 mata ganjaran Enrich kepada pembeli bertuah terpilih yang membeli HONOR Magic5, HONOR Magic5 Pro atau HONOR Magic Vs. 

    Pembeli yang membeli siri HONOR Magic boleh menggunakan 7,000 mata ganjaran Enrich yang diberikan untuk akses ke ruang istirehat premium Golden Lounge domestik, menebus tiket penerbangan domestik atau produk Erinch lain. 

    Anda perlu menggunakan HONOR Magic5, HONOR Magic5 Pro atau HONOR Magic Vs untuk merakam detik-detik‘magic’ atau membawa peranti ini bersama ketika melancong untuk merakam kembara anda. Seramai 320 pembeli bertuah akan dipilih sebagai pemenang. 

    Berikut cara-cara penyertaan: 

    1. Pilih platform media sosial: Facebook atau Instagram
    2. Rakam gambar atau video mengenai Siri HONOR Magic terbaharu (untuk HONOR Magic5, HONOR Magic5 Pro dan HONOR Magic Vs sahaja). Kongsi apa yang anda suka tentang peranti tersebut di Facebook atau Instagram Feed dan tag 2 rakan.
    3. Sertakan tanda pagar #HONORMagicSeriesEnrich (pastikan akaun anda dibuka untuk umum)

    Ketahui maklumat lanjut mengenai promosi ini di Facebook HONOR Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...