More

    HONOR Earbuds 2 Lite dilancar di Malaysia: Fon telinga wayarles ANC berharga RM269

    HONOR Malaysia hari ini telah melancarkan aksesori terbaru iaitu fon telinga wayarles HONOR EarBuds 2 Lite yang dijual pada harga RM299, namun pelanggan yang membelinya sebelum 15 Julai boleh mendapatkannya pada harga istimewa RM269 sahaja.

    HONOR Earbuds 2 Lite menampilkan bateri keseluruhan yang mampu bertahan sehingga 32 jam, di mana bateri dalam fon telinga itu sahaja boleh bertahan selama 10 jam. Pengecasan selama 10 minit boleh menjana tenaga untuk produk ini selama empat jam.

    Ia turut dilengkapi teknologi pembatalan hingar aktif (active noise cancellation, ANC) yang boleh mengurangkan bunyi hingar sehingga 22 desibel.

    Fon telinga ini boleh dibeli di laman rasmi HONOR Malaysia dalam Lazada, Shopee, Senheng atau pengedar HONOR sah. Pelanggan sebelum 15 Julai akan menerima langganan VIP JOOX selama tiga bulan serta baucar HONOR bernilai RM56.70, selagi stok masih ada.

    Beritahu kami di Facebook jika anda akan membeli fon telinga baru ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured