More

    HONOR hargai jasa Bomba dengan diskaun eksklusif 15% untuk X9d 5G!

    HONOR Malaysia menzahirkan penghargaan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melalui majlis khas yang berlangsung di ibu pejabat JBPM Putrajaya dengan menawarkan diskaun eksklusif 15 peratus untuk pembelian telefon pintar baharu HONOR X9d 5G.

    Tawaran istimewa ini boleh ditebus menerusi laman rasmi HONOR bermula 10 Oktober dengan syarat menggunakan alamat e-mel rasmi JBPM. Ia dilengkapi cipset Snapdragon 6 Gen 4, paparan OLED 6.79 inci beresolusi 1.5K dengan kecerahan puncak 6,000 nits, pembesar suara stereo dwi bass dengan peningkatan bunyi sehingga 400 peratus dan bateri 8,300mAh yang mampu bertahan sehingga tiga hari.

    Ketahanannya disahkan menerusi penarafan IP69K dan pensijilan SGS yang menjadikannya sesuai mengharungi keadaan ekstrem. Sebagai nilai tambah, HONOR turut memperkenalkan perlindungan menyeluruh yang merangkumi Waranti Perlindungan Kerosakan Cecair setahun, Perlindungan Retak Depan dan Belakang selama 365 hari serta Waranti Lanjutan setahun.

    Ia ditawarkan dalam pilihan warna Reddish Brown, Forest Green, Sunrise Gold dan Midnight Black. Harga bermula RM1,499 untuk varian 24/256GB (termasuk 12GB HONOR Turbo RAM) manakala varian 512GB pula pada harga RM1,699. Setiap pembelian hadir dengan hadiah percuma bernilai RM946 termasuk HONOR Watch 2i dan pakej perlindungan tambahan.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured