More

    HONOR hasilkan panel Giant Rhinoceros Glass, bakal bersaing dengan HUAWEI Kunlun Glass

    HONOR, bekas sub-jenama HUAWEI bersedia untuk mengeluarkan panel kaca perlindungan baharu yang dipanggil Giant Rhinoceros Glass yang dijangka akan bersaing dengan Kunlun Glass daripada HUAWEI untuk kekuatan dan ketahanan.

    Menurut sumber, panel Giant Rhinoceros Glass dijangka diletakkan sebagai panel kaca premium untuk telefon pintar sama seperti Kunlun Glass HUAWEI. HUAWEI mendakwa panel Kunlun Glass dicipta menggunakan teknologi canggih yang melibatkan 24 jam ujian, 108 proses dan 1600 darjah lebur.

    Proses ini menghasilkan panel yang keras seperti batu dan mengandungi berbilion-bilion kristal nano berkekuatan tinggi menjadikannya tahan terhadap hentaman dan mencegah keretakan. Panel Kunlun Glass menerima pensijilan anti-jatuh lima bintang Swiss SGS pertama dalam industri yang meningkatkan rintangan jatuh keseluruhan.

    Panel Giant Rhinoceros Glass daripada HONOR juga dijangka menawarkan ciri kekuatan dan ketahanan yang serupa malah mungkin melebihi prestasi Kunlun Glass. Panel Giant Rhinoceros Glass dijangka akan digunakan pada telefon skrin lipat HONOR Magic V2.

    Dengan tumpuan pada kekuatan dan ketahanan, panel baharu itu dijangka memberikan peningkatan yang ketara kepada keseluruhan pengalaman pengguna telefon pintar. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Weibo

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured