More

    HONOR lancarkan Band 7, Earbuds X5 & Scale 3 di Malaysia: Peranti kecergasan bermula pada harga RM129

    HONOR Malaysia melancarkan tiga peranti kecergasan pintar terbaharu iaitu HONOR Band 7, HONOR Earbuds X5 dan HONOR Scale 3 untuk menjejaki kecergasan pengguna dengan ciri pintar yang ditawarkan untuk pengguna Malaysia.

    HONOR Band 7 berharga RM199 menampilkan paparan AMOLED 1.47 inci dengan skrin lengkung 2.5D dalam warna Meteorite Black, Coral Pink dan Emerald Green. Ia mampu mengukur dan merakam dengan tepat degupan jantung, tidur, tekanan dan tahap oksigen dalam darah.

    HONOR Band 7 memiliki 96 fungsi mod senaman berbeza termasuk berlari, berjalan, berbasikal, berenang, mesin senaman elitipkal, mendayung, senaman bebas dan lompat tali. Gelang tangan pintar ini dapat merekod data senaman anda mengikut waktu sebenar bagi membolehkan pengguna memantau perkembangan dan pencapaian dengan mudah.

    Seterusnya, HONOR Earbuds X5 berharga RM279 membawa pemacu gegelung dinamik Ã˜13.4mm dan gegendang komposit polimer sensitif menghasilkan bunyi bass lebih tinggi dengan treble yang jelas. Baterinya mampu bertahan sehingga 27 jam dengan casing pengecas di mana pengguna boleh menikmati muzik tiga jam tanpa henti dengan hanya 10 minit pengecasan.

    HONOR Scale 3 pula merupakan penimbang digital yang dijual pada harga RM129 dan menawarkan sebanyak 18 ukuran tepat merangkumi berat badan, lemak badan, BMI, jisim tulang, metabolisme badan, jisim otot dan banyak lagi. Ia dilengkapi ciri sambungan Wi-Fi bagi mengukur berat badan tanpa perlu masuk ke aplikasi HONOR Health sambil menawarkan pilihan kepada pengguna untuk menyelaras data ke dalam Cloud untuk merujuk perkembangan kesihatan mereka. 

    Bukan itu sahaja, HONOR kini menawarkan Pad X8 pada harga RM799 (RRP: RM899). Tablet ini mempunyai skrin berukuran 10.1 inci dengan resolusi Full HD+ (1920×1200) dan nisbah skrin-ke-badan sebanyak 80%. Ini bermaksud sempadan bezel masih tebal, namun memadai untuk kegunaan harian.

    Ketahui maklumat lanjut tentang produk terbaharu dan promosi HONOR di laman rasmi HONOR Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured