More

    HONOR Magic 7 Pro dilancar di Malaysia: SD 8 Elite, kamera 200MP, cas pantas 100W bermula RM4,599

    HONOR Malaysia hari ini memperkenalkan telefon pintar andalan (flagship) pertama dalam pasaran Malaysia pada tahun 2025 iaitu HONOR Magic7 Pro. Telefon ini dilengkapi pelbagai fungsi kecerdasan buatan (AI) dan spesifikasi tercanggih untuk telefon Android pada tahun ini, termasuklah cipset andalan Qualcomm Snapdragon 8 Elite untuk menjana prestasi terpantas.

    Seperti siri HONOR Magic pada tahun-tahun lalu, HONOR Magic7 Pro mempunyai fungsi kamera yang sangat canggih, seperti kamera telefoto 200MP yang menampilkan zum optikal sehingga 6x dan zum digital sehingga 100x. Sensor 1/1.4″ padanya agak besar untuk kamera telefoto dan ini menawarkan prestasi gambar zum yang cantik.

    Selain itu, ia mempunyai kamera utama 50MP dengan sensor 1/1.3″ dan apertur boleh ubah (f/1.4-f/2.0) dengan penstabilan imej optikal (OIS), serta kamera ultra-lebar 50MP dengan sensor 1/2.88″, lensa f/2.0 dan medan penglihatan 122°. Di hadapan pula ia mempunyai satu kamera swafoto 50MP dan pengimbas 3D TOF, yang diletakkan dalam lubang berbentuk pil.

    HONOR Magic7 Pro mempunyai skrin LTPO OLED berukuran 6.8 inci dengan resolusi 1280×2800 dan kecerahan puncak 5,000 nits. Selain itu, ia mempunyai bateri besar 5,850mAh, menyokong kadar pengecasan pantas 100W dan pengecasan wayarles 80W, manakala pengecas 100W masih disertakan dalam kotak.

    Daripada segi rekaan luaran, kedua-dua varian mempunyai rating kalis air dan debu IP69 dan akan ditawarkan dalam pilihan warna kelabu Lunar Shadow Grey, biru Breeze Blue dan hitam.

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk siri HONOR Magic7:

    HONOR Magic7 Pro

    • Skrin LTPO OLED 6.8 inci, resolusi 1280×2800, kadar segar semula 120Hz, kecerahan puncak 5,000 nits
    • Cipset Qualcomm Snapdragon 8 Elite
    • RAM 12GB atau 16GB
    • Storan dalaman UFS 4.0 512GB atau 1TB
    • Kamera utama 50MP + kamera telefoto 200MP + kamera ultra-lebar 50MP
    • Kamera hadapan 50MP + sensor TOF 3D
    • Bateri 5,850mAh
    • Pengecasan pantas 100W, pengecasan wayarles 80W
    • Sistem operasi Android 15 dengan MagicOS 9
    • Menyokong Wi-Fi 7, Bluetooth 5.4
    • Pembesar suara stereo
    • Pilihan warna kelabu Lunar Shadow Grey, biru Breeze Blue dan hitam
    • Harga:
      • 12GB+512GB: RM4,599
      • 16GB+1TB: RM5,199

    Anda boleh layari laman web HONOR Malaysia untuk pra-tempahan. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri HONOR Magic7 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...