More

    HONOR Magic 8 Pro Air didedah, tampilkan rekaan ultra-nipis dan skrin 6.31″

    HONOR dijangka melancarkan HONOR Power 2 pada 8 Januari ini yang dilengkapi cip Dimensity 8500 Elite dan bateri gergasi 10,080mAh. Sementara itu, HONOR juga telah menyiarkan pengacah untuk telefon baharu dalam siri Magic 8 yang dijangka tiba akhir bulan ini atau awal Februari di China.

    Pengacah itu menampilkan perkataan “Pro” dan “Air” yang memberi petunjuk bahawa telefon tersebut akan dinamakan Magic 8 Pro Air atau ringkasnya Magic 8 Air. Menurut sumber, HONOR Magic 8 Pro Air akan hadir dengan rekaan ultra-tipis dan skrin 6.31 inci LTPO OLED 1.5K yang dilengkapi sensor cap jari ultrasonik.

    Magic 8 Pro Air dikuasakan cip Dimensity 9500 manakala bateri 5,500mAh menyokong pengecasan pantas 80W. Walaupun spesifikasi kamera masih dirahsiakan, sebagai telefon siri Magic 8, ia dijangka menawarkan prestasi fotografi yang memuaskan. Selain itu, sistem operasi MagicOS 10 akan digunakan dengan bingkai logam untuk ketahanan.

    Telefon ini dijangka dilancarkan di China dalam masa lebih kurang 10 hari dengan pilihan warna Feather White, Shadow Black, Light Orange dan Fairy Purple. Pengacah rasmi mungkin muncul selepas pelancaran Power 2 nanti. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...