More

    HONOR Magic Pad 2 dilancar di Malaysia: Skrin OLED 3K 12.3″, pelbagai fungsi AI berharga RM2,799

    HONOR Malaysia hari ini melancarkan tablet baharu iaitu HONOR Magic Pad 2 yang dilengkapi pelbagai fungsi AI, skrin OLED berukuran 12.3 inci dengan resolusi Full HD+ dan pelbagai spesifikasi menarik. Ia akan dijual untuk pasaran tempatan pada harga RM2,799.

    Skrinnya mempunyai pemalapan PWM Dimming 4,320Hz, TÜV Rheinland Flicker-Free Certification dan pemancaran cahaya biru yang rendah untuk pengalaman keseluruhan yang lebih selesa pada mata. Ia juga mempunyai Circadian Night Display yang melaraskan suhu warna bagi memudahkan pengguna untuk jadi mengantuk pada waktu malam, serta Dynamic Dimming yang melaraskan kecerahan skrin secara automatik.

    Sewaktu menonton video, tablet ini mempunyai lapan pembesar suara IMAX Enhanced yang boleh menghasilkan kualiti bunyi yang jelas, walaupun pada tahap volume tertinggi.

    Walaupun dengan saiz skrin besar 12.3 inci, ia mempunyai berat 555 gram sahaja dan ketebalan 5.8mm, membuatkannya mudah dibawa dan dimasukkan ke dalam beg.

    Tablet ini dilengkapi pelbagai fungsi AI, seperti AI Noise Cancellation yang mengurangkan bunyi bising sewaktu membuat panggilan video, AI Voice-to-Text yang boleh menukarkan audio kepada bentuk teks, AI Handwriting Beautification yang boleh mencantikkan tulisan tangan daripada stilus serta AI Formula Recognition yang boleh menukar formula matematik yang ditulis dengan tangan kepada bentuk yang lebih formal.

    Fungsi AI dalam tablet ini boleh digunakan dalam pelbagai bahasa seperti Bahasa Cina, Perancis, Itali, Inggeris, Jerman, Sepanyol, Rusia, Turki, Melayu dan Arab.

    AI Magic Portal pula memudahkan pengguna untuk berkongsi gambar atau teks kepada aplikasi lain seperti media sosial dan emel, manakala Magic Ring memudahkan pemindahan fail dan perkongsian skrin dengan peranti-peranti HONOR lain seperti telefon pintar dan komputer riba.

    Untuk kegunaan produktiviti, tablet ini mempunyai aplikasi HONOR Docs yang boleh menulis dokumen, mencipta slaid pembentangan dan menulis spreadsheet. Ia mempunyai antara muka yang serupa seperti Microsoft Office.

    "
    "

    Berikut adalah spesifikasi untuk HONOR Magic Pad 2:

    • Skrin OLED 12.3 inci, resolusi 3000×1920, kadar segar semula 144Hz, kecerahan puncak 1,600 nits, sempadan bezel 4.9mm
    • Cipset Qualcomm Snapdragon 8s Gen 3
    • Bateri 10,050mAh
    • Pengecasan pantas 66W
    • Lapan pembesar suara IMAX Enhanced
    • Harga RM2,799

    Setiap pembelian HONOR Magic Pad 2 akan disertakan dengan stilus HONOR Magic Pencil 3 dan papan kekunci Smart Bluetooth Keyboard (kedua-duanya bernilai RM898). Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tablet ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...