More

    HONOR Magic V Flip 2 dijangka dilancar bulan ini dengan paparan penutup “edge-to-edge”

    HONOR dilaporkan bakal memperkenalkan telefon lipat terbaharu iaitu HONOR Magic V Flip 2 di pasaran China bulan ini dan merupakan pengganti kepada Magic V Flip yang dilancarkan pada Jun 2024. Walaupun pihak HONOR masih belum mengeluarkan sebarang pengumuman rasmi, beberapa sumber tidak rasmi mendedahkan spesifikasi dan rekaan yang bakal dibawakan.

    Antara ciri utama yang disebut termasuk paparan penutup edge-to-edge (hujung-ke-hujung) dengan sokongan antaramuka pengguna (UI) yang dipertingkat. Panel tersebut menggunakan teknologi LTPO yang menawarkan kadar segar semula adaptif dan kecerahan tinggi untuk pengalaman visual yang lebih lancar.

    Selain itu, Magic V Flip 2 dijangka tampil dengan rekaan baharu pada modul kamera belakang. Berbeza dengan potongan kamera menegak tidak sekata pada model terdahulu, model baharu ini dikatakan menggunakan cincin kamera seragam bagi memberikan kemasan yang lebih kemas dan moden.

    Daripada segi prestasi bateri, HONOR dipercayai akan membekalkan kapasiti yang lebih besar berbanding generasi sebelumnya bersama sokongan pengecasan pantas 66W atau 80W. Jika khabar angin ini benar, pengumuman rasmi mengenai Magic V Flip 2 dijangka dibuat dalam masa terdekat dengan pelancaran di China sebagai pasaran pertama sebelum diperluas ke pasaran global.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Playfuldroid

     

    Artikel Terkini

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Siri Apple iPhone 18 Pro rasmi dengan aperture boleh laras, cip A20 Pro 2nm...

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max bagi pasaran Malaysia. Kedua-dua model mengekalkan saiz skrin OLED Super...

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia untuk tempahan di Malaysia

    Nothing mengumumkan pelancaran peranti Nothing Phone (4b) dan fon telinga Nothing Ear (3a) untuk pasaran Malaysia. Tempahan secara dalam talian dibuka bermula...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured