More

    HONOR Magic V2 akan dilancar pada 12 Julai 2023

    Dalam acara Mobile World Congress (MWC) Shanghai yang berlangsung sekarang, CEO HONOR George Zhao mengumumkan bahawa syarikatnya bakal melancarkan telefon pintar lipat HONOR Magic V2 pada 12 Julai 2023.

    Ini bakal menjadi telefon lipat HONOR terbaru selepas HONOR Magic Vs yang dilancar pada bulan April lalu untuk pasaran Malaysia. Malangnya, beliau tidak mengesahkan dengan lebih lanjut tentang spesifikasi atau rekaan telefon tersebut.

    Sebelum ini, HONOR Magic Vs terkenal sebagai sebuah telefon lipat dengan engsel menegak yang lebih murah berbanding jenama lain, terutamanya Samsung Galaxy Z Fold4. Walaupun dengan harga yang lebih murah, ia masih menampilkan fungsi dan spesifikasi yang serupa dengan pesaingnya.

    Zhao mengumumkan tarikh pelancaran untuk HONOR Magic V2 dalam sebuah ucaptama tentang inovasi dan evolusi industri telefon mudah alih. Beliau menyatakan telefon lipat baharu oleh HONOR ini akan merevolusikan pengalaman peranti lipat.

    Telefon lipat ini dikhabar bakal ditawarkan dalam dua varian cipset, iaitu Snapdragon 8+ Gen 1 dan Snapdragon 8 Gen 2. Selain itu, ia juga mungkin dilengkapi bateri 5,000mAh, pengecasan pantas 50W dan kamera utama 108MP.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon lipat ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured