More

    HONOR Magic V2 dilancar: Telefon lipat paling nipis pada 9.9mm dan berat 231g bermula ~RM5,790

    HONOR telah melancarkan telefon boleh lipat generasi ketiganya, HONOR Magic V2 menampilkan reka bentuk paling nipis pada 9.9mm dalam keadaan terlipat, 4.7mm apabila dibuka dan berat 231 gram. Ia mempunyai salutan P2i untuk perlindungan daripada percikan air.

    Elemen reka bentuk kemas lain pada Magic V2 adalah mekanisme engsel unibody tanpa gear yang menggunakan penutup aloi titanium cetakan 3D yang dibangunkan oleh HONOR sendiri. Mekanisme lipatan menggunakan skru pendek tersuai dalam komponen engsel.

    Magic V2 mempunyai skrin utama LTPO OLED 7.92 inci dengan resolusi 2,156 x 2,344 px dan kadar penyegaran semula 120Hz, HDR 10+ dan kecerahan 1,600 nits dalam mod auto dan pemalapan PWM frekuensi tinggi 3,840Hz untuk animasi tanpa kerlipan. Paparan utama juga menempatkan kamera swafoto 16MP dalam potongan lubang tebuk dan menyokong input stilus.

    Skrin penutup pula menggunakan panel OLED 6.43 inci memberikan 10-bit dengan resolusi 2,376 x 1,060px, kadar penyegaran semula 120Hz, pemalapan PWM frekuensi tinggi yang sama seperti paparan utama dan sehingga 2,500 nits kecerahan puncak dalam mod auto. Skrin penutup juga menyokong input stilus yang merupakan salah satu ciri tambahan.

    Magic V2 dilengkapi dengan cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2 yang menampilkan teras utama Cortex-X3 overclocked pada 3.36 GHz, RAM 12GB dan storan 256/512GB manakala Magic V2 Ultrame menampilkan RAM 16GB dan storan 1TB.

    Kamera belakangnya terdiri daripada kamera utama 50MP dengan apertur f/1.9 dan OIS (penstabilan imej optik) bersama modul ultra lebar 50MP dengan apertur f/2.0 serta serta telefoto 20MP dengan zum optik 2.5x dan OIS.

    Spesifikasi lain termasuk MagicOS 7.2 berdasarkan Android 13, bateri silikon-karbon 5,000mAh dan pengecasan berwayar 66W. Magic V2 hadir dalam warna hitam, hitam sutera, ungu sutera dan emas. Harganya mengikut varian seperti 12/256GB pada CNY 8,999 (~RM5,790), versi 12/512GB berharga CNY 9,999 (~RM6,433) manakala edisi Magic V2 Ultimate 16GB/ 1TB berharga CNY 11,999 (~RM7,720).

    Ia mungkin masuk ke pasaran Malaysia tetapi buat sementara ini tiada sebarang malumat mengenai tarik pelancarannya. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured