More

    HONOR Magic V2 dilancar: Telefon lipat paling nipis bawa bateri 5,000mAh dan kamera 50MP

    Hari ini, HONOR melancarkan telefon pintar lipat baharu iaitu HONOR Magic V2. Telefon lipat ini menetapkan standard baru dengan reka bentuknya yang elegan, prestasi yang dipertingkat dan ciri-ciri yang memberi tumpuan kepada pengguna.

    Dengan berat hanya 231g dan ketebalan pada 9.9mm, HONOR Magic V2 kelihatan seperti buku yang nipis dan sangat ringan. Penggunaan engsel Super-light Titanium turut disokong oleh paparan rata dengan ciri “hover” untuk meningkatkan kebolehgunaan pengguna dalam pelbagai situas, dari pengekalan kandungan hingga produktiviti.

    Ia dilengkapi dengan bateri dwi-sel silikon-karbon 5,000mAh, memastikan penggunaan sepanjang hari dengan cas pantas melalui pengecas super 66W. Bagi mengatasi keletihan mata yang disebabkan oleh penggunaan skrin yang lama, HONOR menyertakan ciri-ciri seperti Pengurangan Dinamik, Paparan Malam Circadian dan Pengurangan PWM 3840Hz untuk tontonan yang lebih selesa.

    Tri-kamera belakang terdiri daripada kamera ultra lebar 50MP, kamera 50MP dengan OIS dan kamera lensa telefoto 20MP dengan OIS manakala kamera swafotonya membawa sensor 16MP (f/2.2) yang boleh didapati pada skrin dalaman dan luaran.

    HONOR Magic V2 meningkatkan pengalaman pengguna dengan menyokong stilus dan ciri “hover” pada kedua-dua skrin. Pengenalan ciri perkongsian skrin juga membolehkan pengguna melakukan beberapa tugas dengan mudah dan meningkatkan produktiviti keseluruhan.

    Dalam hal privasi, HONOR mengambil perlindungan data pengguna secara serius dengan langkah-langkah perisian dan perkakasan untuk memastikan maklumat anda kekal selamat. Ia disertakan dengan cip keselamatan diskret, OS dwi keselamatan TEE, sokongan Panggilan Privasi AI 2.0 dan ruang privasi baharu.

    HONOR Magic V2 adalah bukti kepada komitmen HONOR terhadap inovasi dan kecemerlangan. Reka bentuk, prestasi dan ciri-ciri yang memberi tumpuan kepada pengguna menetapkan standard baru untuk telefon pintar boleh lipat.

    Dalam pada itu, HONOR turut memperkenalkan telefon lipat dengan gaya fesyen baharu iaiatu, HONOR V Purse. Seperti namanya, ia kelihatan seperti dompet wanita yang turut mengeluarkan pilihan aksesori yang mungkin boleh didapatkan secara berasingan. Anda perlu menekan klik pada bahagian tengah telefon untuk membukanya dan melihat skrin dalaman.

    "
    "

    Adakah kedua-dua peranti ini akan dilancarkan di Malaysia? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured