More

    HONOR Magic V2, telefon lipat paling nipis dan ringan bakal hadir di Malaysia

    HONOR Malaysia akan mengumumkan pelancaran telefon lipat terbaru, HONOR Magic V2 sebagai telefon lipat paling nipis dan ringan di dunia. Telefon ini telah mendapat sambutan hangat selepas diperkenalkan di China pada Julai tahun lepas dan kini dijangka akan tiba di Malaysia. Untuk menggambarkan kelebihan ringan peranti ini, HONOR telah mengadakan acara eksklusif dengan mengikat telefon itu pada belon helium besar sebagai promosi.

    HONOR Magic V2 mendakwa sebagai telefon lipat pertama dengan ketebalan di bawah 1cm apabila dilipat. Ketebalan peranti pada 9.9mm ketika dilipat dan 4.7mm ketika dibuka serta beratnya sekadar 231g. Ia membawa teknologi engsel titanium ringan dan bahan keluli proprietari HONOR Shield Steel untuk memperkuatkan kekuatan dan ketahanan engsel.

    HONOR Magic V2 juga menonjolkan kemampuan untuk menahan lebih dari 400,000 lipatan dengan jangka hayat sehingga 10 tahun. Komponen mikro bersaiz sebutir beras dan teknologi penyejukkan VC Bionik Ultra-nipis memberikan prestasi optimum pada telefon ini.

    Dengan bateri karbon silikon 5000mAh, telefon ini menawarkan reka bentuk inovatif untuk ruang yang lebih besar dalam peranti lipat. Maklumat lanjut mengenai HONOR Magic V2 boleh didapati di laman web rasmi HONOR.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured