More

    HONOR Magic V3 dikesan pada laman SIRIM, mungkin dilancar di Malaysia tidak lama lagi

    HONOR Magic V3 telah dilancarkan di China pada pertengahan Julai lalu yang menawarkan peningkatan perkakasan dan hadir dengan badan lebih nipis serta ringan. Magic V3 berukuran hanya 9.2mm dalam keadaan terlipat dan 4.35mm apabila dibuka.

    HONOR mengecilkan peranti boleh lipat ini dengan menggunakan mekanisme engsel yang dipertingkatkan dengan ketebalan hanya 2.84mm dan dinilai pada 500,000 lipatan. Magic V3 membawakan cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3 bersama RAM LPDDR5X sehingga 16GB dan storan UFS 4.0 1TB.

    Magic V3 menampilkan skrin penutup LTPO 6.43 inci dengan resolusi FHD+, kadar penyegaran 1-120Hz, nisbah bidang 20:9, kecerahan puncak 2,500 nits dan menyokong input stilus sama seperti Magic V2 tahun lepas. Paparan utama juga daripada pelbagai LTPO OLED dan berukuran 7.92 inci. Ia mempunyai resolusi FHD+, kadar penyegaran suai suai 1-120Hz, kecerahan puncak sehingga 1,800 nits.

    Berita terbaharu ini mungkin menggembirakan rakyat Malaysia kerana ia kini dikesan pada laman web SIRIM Malaysia, menandakan kemungkinan pelancarannya di Malaysia dalam masa terdekat. Penyenaraian menunjukkan bahawa peranti dengan nombor model FCP-N49 (HONOR Magic V3) telah didaftarkan oleh HONOR Technology (Malaysia) Sdn Bhd sejak 29 Julai 2024.

    HONOR juga telah membuka laman pendaftaran minat bagi pengguna di Malaysia yang ingin mencuba peranti ini lebih awal, dengan peluang memenangi peranti tersebut sebagai hadiah percuma. Tetapi, berita ini masih tidak diberitahu secara rasmi oleh syarikat tersebut dan setakat andaian sahaja.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...