More

    HONOR Magic V5 dilancar sebagai telefon boleh lipat ternipis dan teringan dunia, harga bermula ~RM5,310

    HONOR secara rasmi telah melancarkan telefon pintar boleh lipat terbaharu dengan HONOR Magic V5 yang tiba sebagai telefon andalan boleh lipat paling nipis dan ringan di dunia dengan ketebalan hanya 8.8 milimeter apabila dilipat dan berat 217 gram. Peranti ini menampilkan dua paparan OLED dengan skrin utama bersaiz 7.95 inci pada resolusi 2352×2172 dan skrin luaran 6.43 inci pada resolusi 2376×1060.

    Kedua-dua paparan menyokong kadar segar semula LTPO 120Hz, sehingga 10.7 bilion warna, liputan warna DCI-P3 dan tahap kecerahan puncak setinggi 5000 nits untuk paparan HDR. Terdapat juga ciri tambahan seperti peredupan PWM 4320Hz dan teknologi AI bagi mengurangkan rasa mual serta mengekalkan konsistensi warna.

    Skrin luaran dilindungi oleh kaca tahan lasak generasi baharu yang dikenali sebagai Giant Rhinoceros. Peranti ini dilengkapi cipset Snapdragon 8 Elite dan GPU Adreno 830 dan menawarkan tiga konfigurasi memori iaitu 12GB RAM dengan 256GB storan, 16GB RAM dengan 512GB storan serta versi premium 16GB RAM dengan storan sebesar 1TB.

    Ia menjalankan sistem operasi MagicOS 9.0.1 berasaskan Android 15 dan hadir dengan pembantu pintar YOYO AI yang menyokong pelbagai fungsi kecerdasan buatan termasuk pemahaman dokumen, penjanaan ringkasan kandungan, penyuntingan foto masa nyata dan penyambungan merentas platform seperti Android, iOS, HarmonyOS, Windows dan macOS.

    Magic V5 dilengkapi tiga kamera belakang yang terdiri daripada sensor utama 50MP dengan apertur f/1.6, kamera ultra-lebar 50MP (f/2.0) dan kamera telefoto periskop 64MP (f/2.5) yang menyokong zum optikal sehingga 3x serta zum digital maksimum 100x. Ia juga mampu merakam video 4K dan disertakan dengan ciri-ciri seperti penstabilan imej optikal, pemfokusan laser serta mod AI canggih.

    Di hadapan, terdapat dua kamera swafoto 20MP yang mana satu di skrin luar dan satu di skrin dalam yang kedua-duanya menyokong rakaman video 4K. Sistem bateri pula menampilkan penggunaan teknologi Qinghai Lake Blade iaitu bateri pertama dalam industri dengan kandungan silikon antara 15 hingga 25 peratus yang mencapai ketumpatan tenaga setinggi 901Wh/L.

    Varian biasa dimuatkan dengan bateri 5820mAh manakala model 1TB didatangkan dengan kapasiti lebih besar iaitu 6100mAh. Kedua-duanya menyokong pengecasan pantas 66W berwayar, 50W wayarles dan pengecasan berbalik. Spesifikasi lain termasuk pembesar suara stereo berkembar, pengimbas cap jari bawah skrin, sokongan pengecaman wajah, NFC, Wi-Fi 7, Bluetooth 6.0 serta port USB-C 3.1 Gen1 yang menyokong DisplayPort 1.2.

    Peranti ini juga menerima penarafan IP58 dan IP59 untuk ketahanan terhadap air dan habuk. Untuk memastikan ketahanan dan kehalusan struktur lipatan, HONOR menggunakan model pengilangan AI Luban yang mencapai ketepatan mikron pada bahagian engsel. Panel belakang pula diperbuat daripada gentian komposit gred aeroangkasa berdiameter hanya 0.014mm iaitu 40 kali lebih kuat daripada keluli namun lebih ringan daripada kertas.

    "
    "

    HONOR Magic V5 ditawarkan dalam empat pilihan warna iaitu Ivory White, Black, Dawn Gold dan Reddish Brown. Di China, ia dijual pada harga bermula 8,999 yuan (~RM5,310) bagi model 12/256GB, 9,999 yuan (~RM5,900) untuk model 16/512GB dan 10,999 yuan (~RM6,490) untuk versi 16/1TB.

    Nantikan pengumuman rasmi daripada HONOR Malaysia jika ia akan dilancar dalam pasaran tempatan kelak. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan HONOR Magic V5 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...