More

    HONOR Magic V6 dilancar dengan SD 8 Elite Gen 5, bateri 6,660mAh dan IP68/69

    HONOR secara rasmi melancarkan telefon lipat generasi terbaharu Magic V6 pada acara MWC 2026 yang menampilkan cipset Snapdragon 8 Elite Gen 5, sistem dwi-paparan yang terdiri daripada skrin utama di bahagian dalam bersaiz 7.95 inci dengan resolusi 2,352 x 2,172 piksel manakala skrin luarnya bersaiz 6.52 inci dengan resolusi 2,420 x 1,080 piksel.

    Kedua-dua skrin menggunakan teknologi panel LTPO yang menyokong kadar segar semula dinamik antara 1Hz sehingga 120Hz. Rekaan Magic V6 mengekalkan profil ultra-nipis dengan ketebalan hanya 8.75mm ketika dilipat dan mengecil kepada 4.0mm apabila dibuka sepenuhnya dengan berat keseluruhan peranti antara 219 gram sehingga 224 gram bergantung kepada kemasan.

    Aspek ketahanan menjadi fokus utama melalui penggunaan komponen engsel berasaskan Super Steel yang mampu bertahan sehingga 500,000 kali kitaran lipatan selain memiliki perlindungan penarafan IP68 dan IP69. Baterinya menggunakan teknologi Silicon-Carbon dengan kapasiti 6,660mAh yang menyokong sistem pengecasan pantas berwayar 80W dan wayarles 66W.

    Keupayaan fotografi peranti ini disokong oleh tiga kamera di bahagian belakang yang memuatkan sensor utama 50MP dengan bukaan lensa f/1.6, telefoto 64MP dan ultra-lebar 50MP manakala kedua-dua skrin turut dilengkapi dengan kamera swafoto 20MP. HONOR Magic V6 akan mula memasuki pasaran antarabangsa pada separuh kedua tahun 2026.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured