More

    HONOR Magic V6 diumum di Malaysia: “Super Steel Hinge” dan “Magic Diamond Screen” bermula RM7,699

    HONOR Malaysia melancarkan telefon pintar boleh lipat terbaharu HONOR Magic V6 yang tampil dengan rekaan lebih nipis, bateri lebih besar dan pelbagai peningkatan daripada segi ketahanan serta prestasi. Magic V6 mempunyai ketebalan hanya 8.75mm ketika dilipat dan 4mm apabila dibuka dengan berat sekitar 219 gram.

    HONOR melengkapkan peranti ini dengan engsel baharu Super Steel Hinge yang mempunyai kekuatan tegangan sehingga 2,800MPa dan dikatakan mampu bertahan sehingga 500,000 kali lipatan. Bagi membuktikan ketahanannya, HONOR mendakwa Magic V6 berjaya menarik sebuah pesawat seberat 1.25 tan dan sebuah kereta Ferrari serta menerima pengiktirafan ASIA Record serta ASEAN Record bagi kategori “Heaviest Aircraft Towed by a Foldable Smartphone”.

    Magic V6 hadir dengan pensijilan IP68 dan IP69 selain menggunakan HONOR Magic Diamond Screen pada kedua-dua paparan. Skrin luar turut dilengkapi Anti-Scratch NanoCrystal Shield manakala paparan dalaman menggunakan Ultra-Tough Glass (UTG) yang dipertingkatkan. Untuk prestasi, peranti dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 bersama RAM 16GB dan storan sehingga 1TB.

    Skrin utama AMOLED 7.95 inci dan skrin luar AMOLED 6.52 inci kedua-duanya menyokong kadar segar semula 120Hz. HONOR turut menyertakan ciri Multi-Flex yang membolehkan tiga aplikasi dijalankan serentak selain Fast-Flex untuk akses pantas kepada Gemini. Pembeli juga akan menerima langganan Google AI Pro selama tiga bulan.

    Pada bahagian kamera, Magic V6 menggunakan gabungan kamera utama 50MP, ultra lebar 50MP dan telefoto 64MP. Kamera telefoto menyokong penstabilan imej CIPA 6.5 untuk penggambaran zum jarak jauh yang lebih stabil. Baterinya pula menggunakan silikon-karbon 6,660mAh yang merupakan antara kapasiti terbesar dalam kategori telefon pintar boleh lipat.

    Ia menyokong pengecasan berwayar 80W dan wayarles 66W. HONOR Magic V6 kini dibuka untuk tempahan awal di Malaysia sehingga 11 Jun 2026 dengan pilihan warna Ferghana Red, Sunrise Gold, Ivory White dan Classic Black. Di Malaysia, Magic V6 ditawarkan dengan tanda harga RM7,699 untuk varian 16/512GB dan RM8,899 untuk varian 16/1TB.

    Sepanjang tempoh tempahan awal, pembeli juga akan menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM3,797 yang merangkumi Skyworth Google TV 43 inci, perlindungan keretakan skrin selama setahun serta jaminan kualiti tanpa risau selama dua tahun. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...