More

    HONOR Magic Vs telefon pintar tanpa ruang apabila dilipat dan super ringan

    Telefon boleh lipat terbaharu HONOR Magic Vs akan dilancarkan di pasaran global pada 27 Februari ini pada acara Mobile World Congress (MWC) Barcelona 2023.

    Pengulas teknologi Zach dari saluran YouTube JerryRigEverything ‘membedah’ peranti tersebut untuk mengetahui komponen dalaman. Zack menyatakan setiap telefon pintar lipat memiliki mekanisme engsel gear yang kompleks, namun HONOR Magic VS telah mengubah persepsinya secara keseluruhan. 

    Zack membuka HONOR Magic Vs satu per satu bermula dengan skrin sehinggalah engsel gear. Beliau mendedahkan HONOR Magic Vs menggunakan engsel tanpa gear super ringan yang mampu mengurangkan jumlah komponen daripada 92 kepada 4, sekaligus membuktikan bagaimana kaedah casting kepingan tunggal menjadikan HONOR Magic Vs 62% lebih ringan berbanding keluaran terdahulu.

    Video itu juga menunjukkan Zack membandingkan jurang engsel antara HONOR Magic Vs dan telefon boleh lipat jenama lain apabila dilipat. Telefon boleh lipat jenama lain didapati mempunyai ruang yang mana sinaran cahaya skrin jelas kelihatan di celahan, sementara HONOR Magic Vs tidak menunjukkan sebarang jurang.

    HONOR Magic Vs mampu bertahan sehingga 400,000 lipatan iaitu bersamaan 100 lipatan sehari selama 10 tahun. HONOR Magic Vs merupakan telefon boleh lipat yang memiliki bateri ultra besar 5,000mAh membolehkan penggunaan bateri lebih lama pada skrin lebih besar.

    Acara MWC Barcelona 2023 bakal menyaksikan pelancaran HONOR Magic Vs dan siri HONOR Magic5. Anda boleh menonton ulasan HONOR Magic Vs oleh JerryRigEverything di sini.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...