More

    HONOR Magic3 dikesan di Geekbench dengan cipset Snapdragon 888 Plus

    Seperti yang dilaporkan sebelum ini, HONOR bakal melancarkan telefon pintar andalan siri HONOR Magic3 pada 12 Ogos ini. Namun, sebelum pelancarannya, ia telah dikesan di penanda aras Geekbench dengan cipset Snapdragon 888 Plus.

    HONOR Magic3 dilihat hadir dengan nombor model ELZ-AN10 dan ia berjaya untuk mendapat markah setinggi 3556 untuk teras tunggal dan 10257 untuk teras pelbagai.

    Berdasarkan penyenaraian tersebut, ELZ-AN10 menggunakan cipset dengan frekuensi asas 1.8GHz. Namun begitu, kod dalamannya menunjukkan bahawa ia mampu mencapai kadar frekuensi setinggi 3.0 GHz, sama seperti cipset Snapdragon 888 Plus. Kod dalamannya juga mengesahkan penggunaan GPU Adreno 660.

    Selain itu, telefon pintar ini juga dilengkapi RAM 8GB dengan perisian Android 11.

    Semalam, CEO HONOR secara tidak sengaja telah menunjukkan kedudukan kamera HONOR Magic3 pada panel belakangnya. Kini, sumber baru dalam talian menunjukkan imej janaan telefon tersebut dengan lebih jelas.

    Untuk spesifikasi lain, HONOR Magic3 akan hadir dengan kamera utama 50MP, tiga kamera 64MP dan sensor kedalaman 2MP. Ia juga akan hadir dengan skrin OLED 6.76 inci, RAM setinggi 12GB dan menyokong pengecasan sepantas 100W.

    Lihat artikel lepas mengenai siri HONOR Magic3.

    Nantikan berita lanjut mengenai telefon pintar ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "

    Sumber : Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured