More

    HONOR Magic3 mungkin gunakan Magic UI 5.0 atas perisian HarmonyOS

    HONOR bakal melancarkan telefon pintar andalan HONOR Magic3 pada 12 Ogos ini. Peranti ini akan hadir dengan pelbagai teknologi yang mengagumkan termasuklah kamera bawah skrin, pengecasan 100W dan lebih lagi. Untuk perisian pula, sumber terbaru memberitahu bahawa siri ini mungkin akan hadir dengan Magic UI 5.0 atas HarmonyOS.

    Sebelum ini, beberapa syarikat telefon pintar di China dikhabarkan akan menggunakan HarmonyOS pada masa hadapan. Jadi, ia tidak mengejutkan jika HONOR adalah salah satu daripadanya kerana HONOR pernah menjadi sebahagian daripada syarikat HUAWEI.

    Perlu diingatkan bahawa HarmonyOS untuk telefon pintar dan tablet hanyalah AOSP. Dalam kata yang lain, ia adalah versi baru EMUI dengan nama yang lain. Jika peranti HONOR menggunakan HarmonyOS untuk Magic UI 5.0, ia masih dapat menggunakan aplikasi Android.

    Kami menjangkakan perisian HarmonyOS ini hanya digunakan di pasaran China sahaja. HONOR mungkin akan gunakan Android 11 untuk model globalnya.

    Beritahu komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured