More

    HONOR Magic5 Lite dilancar: SD 695, skrin OLED 6.67″, kamera 64MP dan bateri 5,100mAh bermula ~RM1,788

    HONOR mengumumkan telefon pintar HONOR Magic5 Lite di Perancis yang juga merupakan HONOR X9a yang dijenamakan semula untuk pasaran Eropah.

    Honor Magic5 Lite membawakan paparan OLED 6.67 inci melengkung dengan resolusi FHD+ dan kadar penyegaran semula 120Hz. Panelnya menyokong warna 10-bit, membawa pemalapan PWM 1920Hz dan dilengkapi dengan pengimbas cap jari dalam paparan. 

    Terdapat potongan lubang tebuk menempatkan kamera swafoto 16MP di bahagian atas manakala bahagian belakangnya membawakan pulau kamera bulat yang besar dengan kamera utama 64MP, lensa ultralebar 5MP dan kamera makro 2MP. 

    Magic5 Lite dilengkapi dengan cipset Snapdragon 695, RAM 6GB, storan 128GB, Magic UI 6.1 berdasarkan Android 12 dan dilengkapi bateri 5,100 mAh dengan pengecasan pantas 40W. HONOR Magic5 Lite disediakan dalam warna Midnight Black, Emerald Green dan Titanium Silver berharga €379 (~RM1,788) untuk varian 6/128GB.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...