More

    HONOR Magic5 Pro diiktiraf juara bagi kategori Paparan DXOMARK

    HONOR Magic5 Pro yang bakal dilancarkan pada Khamis ini merangkul juara bagi kategori Paparan DXOMARK menjadikan peranti ini pesaing sengit dalam pasaran telefon pintar. 

    Ia menampilkan Paparan Terapung Kuad Lengkung LTPO 6.81 inci menerusi Teknologi Novel Display Luminance Enhancement dan menawarkan kecerahan HDR 1800 terbaik untuk digunakan di bawah cahaya matahari terik. 

    Cipset Paparan Diskret HONOR Magic5 Pro turut membantu dalam meningkatkan kualiti video, menghapuskan pergerakan kabur dan mengubah kadar bingkai video yang rendah menjadi tinggi dengan gabungan teknologi Motion Estimate dan Motion Compensation. Tidak dilupakan, peranti ini turut diiktiraf HDR10+ dan IMAX Enhanced kerana hasil videonya yang berkualiti.

    Dengan teknologi pemalapan PWM 2160Hz, ia mengurangkan ketidakstabilan kecerahan dan kerlipan skrin memberikan tontonan selesa walaupun dalam keadaan gelap. HONOR Magic5 Pro turut diiktiraf oleh Mesra Sirkadia TÜV Rheinland kerana pengurangan cahaya biru dan membantu memperbaiki kualiti tidur walaupun selepas penggunaan yang lama. Kajian menunjukkan tahap melatonin meningkat sebanyak 20% dengan teknologi ini. 

    Anda pasti tertunggu-tunggu untuk tahu kehebatan siri HONOR Magic5 dan HONOR Magic Vs. Oleh itu, tanda di kalendar anda pada 6 April, jam 2:30 petang untuk tonton pelancarannya.  Ketahui maklumat terkini mengenai HONORdi laman web rasminya di sini.  

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...