More

    HONOR Magic8 Pro Air dan Magic8 RSR Porsche Design rasmi, harga bermula ~RM2,912

    HONOR secara rasmi telah memperkenalkan dua telefon mercu baharu dalam siri Magic8 iaitu HONOR Magic8 Pro Air dan HONOR Magic 8 RSR Porsche Design yang masing-masing menyasarkan segmen pengguna berbeza dengan pendekatan reka bentuk dan spesifikasi yang jelas berbeza.

    HONOR Magic8 Pro Air diposisikan sebagai telefon mercu nipis dan ringan dengan berat hanya 155g serta ketebalan 6.1mm. Ia menggunakan paparan OLED 6.31 inci dengan bezel nipis 1.08mm dan kecerahan HDR puncak sehingga 6000 nits. Bahagian belakang hadir dengan kemasan logam satin berlapis yang ditawarkan dalam warna Fairy Purple, Light Orange, Feather White dan Shadow Black manakala rangka diperbuat daripada aluminium berkekuatan tinggi.

    Magic8 Pro Air dikuasakan oleh cip MediaTek Dimensity 9500 dipadankan dengan bateri 5,500mAh (berketumpatan 917Wh/L) yang menyokong 80W pengecasan berwayar dan 50W wayarles. Sistem kamera merangkumi sensor utama 50MP 1/1.3” OIS, ultra-lebar 50MP 112° serta kamera periskop 64MP dengan zum optik 3.2x.

    Ia turut memperkenalkan sistem lampu flash AI baharu dan mod potret strob untuk rakaman cahaya rendah. Ciri lain termasuk penarafan IP68/IP69, pembesar suara stereo, penderia cap jari ultrasonik 3D serta sokongan SIM dan eSIM.

    Sementara itu, HONOR Magic 8 RSR Porsche Design menyasarkan segmen ultra-premium dengan fokus kepada prestasi maksimum dan fotografi profesional. Telefon ini direka bersama Porsche Design yang menampilkan kemasan Slate Gray dan Moonstone serta panel belakang nano-seramik mikrokristal dengan kekerasan Mohs 8.5 dan berat sekitar 10% lebih ringan berbanding model RSR terdahulu.

    Bahagian hadapan dilindungi kaca Giant Rhino bersama penarafan IP68 dan IP69K. Magic 8 RSR dikuasakan oleh cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 dengan RAM LPDDR5X sehingga 24GB dan storan 1TB. Sistem kameranya lebih agresif, merangkumi sensor utama 50MP 1/1.3” OIS, ultra-lebar 50MP, serta kamera telefoto 200MP 1/1.4” dengan zum optik 3.7x, zum digital sehingga 100x dan penstabilan CIPA 6.5.

    Teleconverter 2.35x membolehkan jarak fokal sehingga 200mm–5400mm selain sokongan kit fotografi tambahan dengan lensa luaran. Telefon ini turut menyokong komunikasi satelit, cap jari ultrasonik, pengimbas wajah 3D serta bateri besar 7,200mAh dengan 120W pengecasan berwayar dan 80W wayarles. Ia menjalankan MagicOS 10 dengan elemen antaramuka eksklusif Porsche Design.

    Untuk harga, Magic8 Pro Air hadir dengan tanda harga bermula 4,999 yuan (~RM2,912) manakala HONOR Magic 8 RSR Porsche Design bermula 7,999 yuan (~RM4,658). Sama-sama nantikan kemunculan kedua-dua peranti ini untuk pasaran global. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...