More

    HONOR Magic8 Pro dilancar di Malaysia: SD 8 Elite Gen 5, kamera 200MP, cas pantas 100W bermula RM4,599

    HONOR Malaysia hari ini melancarkan telefon pintar flagship terbaru iaitu HONOR Magic8 Pro. Ia dilengkapi pelbagai spesifikasi terkini untuk menghasilkan prestasi keseluruhan yang canggih seperti cipset Qualcomm Snapdragon 8 Elite Gen 5, kamera telefoto 200MP, pengecasan pantas 100W dan banyak lagi.

    Cipset Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dilengkapkan dalam telefon ini merupakan cipset telefon pintar terpantas oleh Qualcomm setakat ini bagi menyediakan prestasi yang tinggi untuk semua kegunaan, termasuklah gaming yang berat.

    Ia menawarkan peningkatan prestasi berbanding generasi sebelumnya sebanyak 20% untuk CPU, 23% untuk GPU dan 37% untuk NPU. Penggunaan tenaganya pula lebih rendah, iaitu sehingga 35% untuk CPU dan 20% untuk GPU.

    Selain cipset pantas, satu ciri utama pada telefon ini adalah kameranya yang terdiri daripada kamera utama 50MP, kamera telefoto 200MP, kamera ultra-lebar 50MP dan kamera hadapan 50MP.

    Kamera ini mempunyai prestasi mod malam yang tinggi, penstabilan CIPA 5.5 bertaraf DSLR dan ejin potret untuk hasilkan gambar potret yang lebih kemas. Satu ciri menarik adalah ia mempunyai fungsi Magic Colour yang boleh hasilkan profil warna mirip jenama kamera popular seperti Leica, Zeiss, Hasselblad dan Harcourt Studio.

    Ia boleh zum sejauh 100x dan hasilkan gambar yang jelas dengan pemprosesan AI, seperti yang boleh dilihat di sini. Antara beberapa fungsi fotografi AI yang ditawarkan termasuklah Magic Pose, AI Photo Agent, AI Remove Wrinkles, AI Eraser, AI Moving Photo dan AI Camera Button.

    Baterinya berkapasiti 7,100mAh dan ia menyokong pengecasan pantas 100W dan pengecasan wayarles 80W. Dengan kadar 100W, HONOR mengatakan ia mampu mengecas penuh sepantas 48 minit.

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk HONOR Magic8 Pro:

    "
    "
    • Skrin OLED LTPO 6.71 inci, kadar segar semula 1256×2808, kecerahan puncak 6,000 nits, gamut warna DCI-P3 100%
    • Cipset Qualcomm Snapdragon 8 Elite Gen 5
    • RAM
    • Storan dalaman
    • Kamera utama 50MP + kamera telefoto periskop 200MP + kamera ultra-lebar 50MP
    • Kamera hadapan 50MP + 3D Depth Camera
    • Bateri 7,100mAh
    • Pengecasan pantas 100W
    • Pengecasan wayarles 80W
    • Pembesar suara stereo
    • Sistem operasi Android 16 dengan MagicOS 10
    • Rating kalis air IP68, IP69 dan IP69K
    • Menyokong Wi-Fi 7, Bluetooth 6.0
    • Pilihan warna emas Sunrise Gold, biru Sky Cyan, hitam
    • Ukuran 161.15 x 75 x 8.32mm, berat 219 gram
    • Harga:
      • 12GB+512GB: RM4,599
      • 16GB+1TB: RM5,199

    Jualan rasmi akan bermula pada 5 Disember 2025. Pra-tempahan telah dibuka bermula hari ini sehingga 4 Disember dan setiap pra-tempahan akan menerima hadiah percuma bernilai RM3,090, terdiri daripada:

    • Kamera aksi Insta360 Ace Pro
    • Rebat segera RM300
    • Google AI Pro selama tiga bulan
    • Perlindungan retak dan belakang 365 hari, waranti lanjutan 1+1 tahun, perlindungan kerosakan daripada cecair selama 1 tahun

    Layari laman web HONOR Malaysia untuk maklumat lanjut. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured