More

    HONOR MagicBook Pro AMD Ryzen 5, Watch GS Pro bateri 25 hari rasmi di Malaysia: Harga bermula RM999

    Terkini, HONOR Malaysia telah mengumumkan kehadiran dua produk yang telah memenangi anugerah di IFA Product Technology Innovation Award untuk pasaran Malaysia. HONOR MagicBook Pro ditawarkan dengan harga RM3,599, manakala HONOR Watch GS Pro ditawarkan dengan harga RM999.

    HONOR MagicBook Pro hadir dengan janaan pemproses AMD Ryzen 5 4600H dan frafik Radeon Graphics. Ia turut dilengkapi PCIe NVMe SSD 512GB, RAM dua saluran DDR4 16GB, skrin FullView 16.1 inci (nisbah skrin ke badan 90%), 100% sRGB, bateri 56Wh dan cas pantas 65W. Anda boleh melihat spesifikasi penuh HONOR MagicBook Pro disini atau di laman rasmi HONOR.

    HONOR Watch GS Pro dengan pilihan warna Charcoal Black dilengkapi fungsi bateri yang mampu bertahan sehingga 25 hari. Turut hadir adalah spesifikasi GPS, janaan cip Kirin A1 dan skrin AMOLED 1.39 inci. Anda boleh melihat spesifikasi penuh HONOR Watch GS Pro disini atau di laman rasmi HONOR.

    Kedua-dua produk ini mula dijual oada 8 Oktober 2020 di HONOR Experience Store, Hihonor, LazMall dan Shopee. Pembelian MagicBook Pro melayakkan anda mendapat hadiah percuma bernilai RM817, manakala pembelian Watch GS Pro melayakkan anda mendapat hadiah percuma bernilai RM299.

    Tawaran hadiah percuma di atas pembelian (stok terhad)

    Adakah anda akan menyambarnya? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured