More

    HONOR MagicPad 2 rasmi dengan SD 8s Gen 3, paparan OLED 12.3″ dan bateri 10,050mAh bermula ~RM1,931

    HONOR secara rasmi turut melancarkan tablet MagicPad 2 selain daripada telefon pintar boleh lipat terbaharunya. MagicPad 2 memaparkan paparan OLED 12.3 inci yang menawarkan resolusi 3000 x 1920 piksel, kadar penyegaran sehingga 144Hz dan kecerahan puncak 1600 nits. Ia dilengkapi dengan cipset Qualcomm Snapdragon 8s Gen 3, RAM sehingga 16GB dan storan dalaman 1TB.

    MagicPad 2 berjalan pada MagicOS 8.0.1 berasaskan Android 14 OS. Tablet ini hanya menawarkan sambungan WiFi walaupun secara teknikal menyokong rangkaian 5G. Berkemungkinan model yang didayakan 5G akan dilancarkan kemudian. HONOR membekalkan MagicPad 2 dengan pelbagai ciri AI seperti pengurangan hingar suara, Cloud AI Big Model dan penukaran suara kepada teks.

    Baterinya berkapasiti 10,050mAh yang menyokong pengecasan pantas berwayar 66W. Menariknya, MagicPad 2 memiliki badan ultra tipis dengan ukuran hanya 5.8mm. Kamera utama pada bahagian belakang menggunakan sensor 13MP manakala bahagian hadapan menempatkan kamera swafoto 9MP.

    Ciri lain termasuk Bluetooth 5.3, tiga mikrofon dan bunyi spatial dengan gabungan lapan pembesar suara silang serta sokongan HONOR Magic Pencil 3 (dijual berasingan). Ia boleh didapati dalam tiga pilihan warna iaitu Moon Shadow White, Starry Black dan Sky Blue.

    Harga MagicPad 2 bermula 2,999 Yuan (~RM1,931) untuk varian 8/256GB, varian 12/256GB berharga 3,299 Yuan (~RM2,124), varian 16/512GB berharga 3,699 Yuan (~RM2,382) dan varian 16/1TB berharga 4,199 Yuan (~RM2,704).

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan HONOR MagicPad 2 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured