More

    HONOR MagicPad 3 dan MagicBook Art 14 2025 bakal dilancar di Malaysia pada 20 Ogos ini

    HONOR Malaysia bakal melancarkan dua peranti andalan terbaharu iaitu HONOR MagicPad 3 dan HONOR MagicBook Art 14 2025 pada 20 Ogos ini. HONOR MagicPad 3 hadir sebagai tablet andalan premium dengan Paparan Keselesaan Mata bersaiz 13.3 inci, resolusi 3.2K dan kadar segar semula 165Hz.

    Ia dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 3 dan menerima pensijilan IMAX Enhanced serta dilengkapi lapan pembesar suara di sekeliling. Tablet ini turut disertakan papan kekunci, pad sentuh Bluetooth pintar dan pensel pintar menjadikannya sesuai untuk tugas kerja, suntingan kreatif serta gaming.

    Sementara itu, HONOR MagicBook Art 14 2025 pula ialah komputer riba dengan rekaan elegan yang mengekalkan kamera magnetik ikonik untuk perlindungan privasi. Model baharu ini menggunakan pemproses dipertingkatkan dan tampil dengan warna baharu diinspirasikan oleh ‘Color of the Year 2025’ yang membuatkannya tampak moden dan bergaya.

    Nantikan kemunculan rasmi kedua-dua peranti ini dalam pasaran Malaysia pada 20 Ogos 2025 melalui laman rasmi HONOR Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured