More

    HONOR Malaysia akan lancarkan 5 peranti AI baharu dalam masa terdekat

    HONOR bukan lagi jenama teknologi yang asing di Malaysia, di mana mereka kerap melancarkan peranti-peranti yang bermutu tinggi untuk kegunaan pengguna seperti HONOR Magic7 Pro yang dilancar pada awal tahun ini. Kini, syarikat itu mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan lima peranti baharu dalam masa terdekat.

    Mereka belum menyatakan nama peranti-peranti tersebut secara spesifik, namun dalam sebuah gambar acahan (teaser) yang dikongsi, ia menunjukkan dua buah tablet, sebuah komputer riba, seutas jam tangan pintar dan sepasang fon telinga wayarles. HONOR menamakan rangkaian produk ini sebagai All-scenario Product Launch, menunjukkan komitmen HONOR untuk menyediakan peranti-peranti yang boleh diguna sepanjang hari.

    Ia juga menzahirkan wawasan HONOR Alpha Plan yang diumumkan dalam acara Mobile World Congress (MWC) baru-baru ini, bagi menghasilkan peranti yang lengkap dengan ekosistem AI.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan peranti HONOR yang akan datang ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured