More

    HONOR Malaysia anjurkan studio fotografi khas di beberapa negeri sehingga Ogos 2024

    Susulan daripada pelancaran siri telefon pintar HONOR 200 Series pada minggu lalu, HONOR Malaysia akan menganjurkan acara studio fotografi mudah alih pertama dalam negara iaitu HONOR 200 Series Studio Event. Dengan menghadiri studio-studio menarik ini, anda berpeluang mendapatkan gambar potret yang dicetak secara percuma.

    Dalam setiap acara, HONOR akan menunjukkan kebolehan HONOR 200 Pro dalam mengambil gambar mod potret yang cantik. Telefon ini menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan kerjasama Studio Harcourt Paris untuk menghasilkan warna dan pencahayaan yang nampak kemas serta profesional.

    Contoh gambar potret yang diambil dengan HONOR 200 Pro

    Berikut adalah lokasi-lokasi dan tarikh untuk acara HONOR ini:

    • 26-30 Julai 2024: Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur
    • 10-14 Julai 2024: Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang
    • 17-21 Julai 2024: Sunway Pyramid, Selangor
    • 31 Julai – 4 Ogos 2024: IOO City Mall, Putrajaya

    Jika anda menghadiri acara yang akan berlangsung di Pavilion Bukit Jalil, anda boleh daftar di laman web ini dan anda berpeluang mendapatkan sesi penggambaran studio potret secara percuma. Anda digalakkan untuk mendaftar awal bagi menjamin tempat anda kelak.

    Anda juga boleh daftarkan diri untuk lokasi-lokasi lain seperti Sunway Carnival Mall (Pulau Pinang), Sunway Pyramid (Selangor) dan IOI City Mall (Putrajaya).

    Jika anda berminat untuk tahu lebih lanjut mengenai siri telefon pintar HONOR 200, anda boleh baca artikel pelancarannya.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk menghadiri acara studio ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured