More

    HONOR Malaysia bakal lancarkan 5 peranti baharu pada 10 April 2025

    HONOR Malaysia hari ini mengumumkan bahawa mereka akan memperkenalkan lima peranti baharu yang terdiri daripada pelbagai kategori pada 10 April 2025. Lima peranti tersebut adalah tablet HONOR Pad X9a dan HONOR Pad V9, jam tangan HONOR Watch 5, fon telinga HONOR Earbuds Open dan komputer riba HONOR MagicBook X14 2025.

    Berikut adalah maklumat ringkas mengenai setiap peranti baharu ini:

    HONOR Pad X9a dan HONOR Pad V9

    HONOR Pad X9a merupakan tablet dengan skrin resolusi 2.5K dan mempunyai bateri yang boleh menghidupkan skrin sehingga 11 jam bagi menyediakan pengalaman hiburan yang menarik. Ia turut mendapat pengiktirafan Pilihan Utama iQIYI untuk Pengalaman Drama Terbaik.

    Setiap HONOR Pad X9a akan disertakan dengan papan kekunci Bluetooth dan stilus untuk menulis dan melukis. HONOR Pad X9a (versi WiFi) akan mula dijual bermula 26 Mac, manakala versi LTE akan dilancar pada 10 April kelak.

    Beberapa gambar HONOR Pad X9a

    Sementara itu, HONOR Pad V9 pula direka untuk tugasan produktiviti, dengan perkakasan yang dikuasakan AI bagi memudahkan setiap tugasan. Sebagai contoh, ia boleh mengubah suara ke teks dalam masa sebenar, meringkaskan artikel panjang dalam beberapa saat serta melakukan penterjemahan dengan pantas.

    Ia juga boleh digabungkan dengan papan kekunci yang mempunyai pad penjejak untuk menggunakannya seperti komputer riba. Selain itu, stilus boleh digunakan untuk menulis nota atau melukis.

    HONOR MagicBook X14 2025

    Komputer riba baharu ini mempunyai skrin berukuran 14 inci yang mempunyai pengiktirafan Pensijilan Cahaya Biru Rendah dan Bebas Kerdipan TÜV Rheinland bagi memudahkan pengguna melihat skrin dalam tempoh yang lebih lama tanpa merasa kesakitan mata.

    Selain itu, ia mempunyai reka bentuk yang ringan dan hayat bateri yang boleh bertahan lama, namun HONOR masih belum memberi maklumat spesifik mengenai ciri-ciri ini.

    "
    "

    HONOR Watch 5

    Jam tangan pintar ini mempunyai bateri yang boleh bertahan selama 15 hari untuk bantu anda mengamalkan gaya hidup sihat. Ia mempunyai fungsi satu klik pemantauan kesihatan untuk mendapatkan statistik kesihatan dengan mudah.

    Sewaktu bersukan, ia mempunyai fungsi penjejakan GPS yang menjejak larian atau kayuhan anda dengan lebih tepat di mana-mana sahaja. Daripada segi rekaan, ia mempunyai tali jam kulit berwarna hijau yang baharu.

    HONOR Earbuds Open

    Selain menyediakan pengalaman audio yang baik, satu ciri yang unik untuk fon telinga ini adalah fungsi penterjemahan yang dikuasakan AI. Apabila ia dihubungkan dengan telefon pintar HONOR, ia boleh menyediakan penterjemahan perbualan terus ke teling untuk 15 bahasa, termasuklah bahasa Thai, Jepun dan Korea.

    HONOR mengatakan ia dibina dengan bahan yang ringan dan ultra-selesa untuk pemakaian yang selesa di mana-mana sahaja.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan mana-mana peranti di atas dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured