More

    HONOR Malaysia bakal lancarkan Magic V3 serentak dengan pelancaran global pada 5 September ini

    Malaysia antara negara pertama yang akan melancarkan HONOR Magic V3 serentak dengan pelancaran global di IFA 2024, Berlin Jerman pada 5 September ini. HONOR turut memperkenalkan dua peranti andalan lain iaitu HONOR MagicPad 2 dan HONOR MagicBook Art 14. Strim langsung tersedia di Facebook rasmi HONOR Malaysia pada jam 8 malam.

    HONOR Magic V3 membawakan telefon boleh lipat dengan rekaan paling nipis dalam industri dengan ketebalan hanya 9.2mm. Ketebalannya semasa dibuka adalah 4.35mm dan hanya seberat 226g. Selain itu, HONOR Magic V3 juga menetapkan standard baharu dalam perlindungan mata dengan teknologi AI Defocus Technology.

    Hasil ujian HONOR menunjukkan bahawa AI Defocus Technology boleh mengurangkan rabun sementara secara efektif ke purata 13 darjah dalam tempoh masa 25 minit semasa menggunakan peranti tersebut. Buat masa sekarang, ciri ini menyokong aplikasi seperti YouTube dan Amazon Kindle. HONOR merancang untuk meluaskan sokongan kepada aplikasi lain di masa hadapan.

    Tablet HONOR MagicPad 2 menampilkan reka bentuk ultra-nipis dan kukuh dengan ketahanan tekanan sehingga ke 85N/mm. Bahagian belakang tablet ini diperbuat daripada bahan gentian kaca gred aeroangkasa yang mengurangkan berat sehingga 45% selain meningkatkan kekuatannya kepada 24%.

    HONOR MagicBook Art 14 pula hanya seberat 1 kg dan berukuran hanya setebal 1 cm. Ia ringan kerana dihasilkan dengan Struktur Ringan Topologi inovatif dan menampilkan Rekaan Bateri Heterogen. Komputer riba ini diperbuat daripada bahan-bahan ringan bergred aeroangkasa seperti aloi magnesium untuk badan, aloi titanium untuk papan kekunci dan kipas biomimetik ultra-nipis.

    Di samping itu, struktur inovatif Penyejukan Vapor dan Rekaan Antena Bersepadu pada HONOR MagicBook Art 14 juga mengurangkan ketebalan keseluruhan komputer riba ini sehingga 19%. Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR Magic V3, HONOR MagicPad 2 dan HONOR MagicBook Art 14, sila lawati laman Facebook rasmi dan laman sesawang HONOR Malaysia di sini.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured