More

    HONOR Malaysia bakal lancarkan telefon pintar kelas pertengahan , dijangka HONOR 90

    Pada 5 Julai nanti, HONOR akan melancarkan HONOR X50, jam 7:30 malam di China. Sementara itu, HONOR Malaysia pula akan melancarkan satu telefon pintar kelas pertengahan yang masih tidak diketahui namanya.

    Berdasarkan halaman Facebook rasmi HONOR Malaysia, ia menyatakan ‘Revolusi baru sedang dalam perjalanan!’ sambil menunjukkan poster promosi telefon pintar yang akan dilengkapi dengan fotografi perlindungan mata. Fungsi ciri tersebut juga tidak diberitahu secara terperinci.

    Dalam pada itu, netizen turut membuat jangkaan di ruang komen yang mungkin juga peranti tersebut adalah HONOR 90. HONOR 90 menampilkan cipset Snapdragon 7 Gen 1 dan skrin OLED 6.7 inci dengan 2664 x 1200 piksel, 1 bilion warna, kadar penyegaran 120Hz dan kecerahan puncak ialah 1,600 nits. Kamera utamanya adalah 200MP dengan sensor ISOCELL HP3.

    Daripada segi reka bentuk kamera, ia kelihatan seperti HONOR 90. Namun, butiran selanjutnya pasti akan didedahkan dalam minggu ini atau selewat-lewatnya minggu hadapan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: HONOR Malaysia

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured