More

    HONOR Malaysia tawarkan rebat sehingga RM300, diskaun eksklusif sempena Jualan 11.11

    Jika anda berminat untuk memiliki mana-mana peranti HONOR, anda boleh dapatkannya sewaktu promosi Double 11 Special Voucher yang akan berlangsung di kedai rasmi HONOR dalam Shopee, Lazada dan TikTok Shop. Ia akan diadakan pada 10 hingga 13 November 2025 dan pelbagai peranti HONOR akan ditawarkan dalam harga promosi.

    Pelbagai model telefon pintar, tablet dan peranti boleh pakai akan ditawarkan dengan diskaun hebat sehingga RM900. Dengan setiap pembelian, anda juga akan menerima hadiah percuma yang bernilai sehingga RM2,697.

    Satu produk yang menarik perhatian adalah telefon flagship HONOR Magic7 Pro (24GB+512GB) yang dijual pada harga RM3,699 sahaja iaitu RM900 lebih murah daripada harga asal. Untuk varian 1TB, harganya adalah RM4,599 (lebih murah sebanyak RM600 daripada harga asal).

    Selain diskaun pada produk, HONOR turut menawarkan baucar istimewa bernilai RM50 hingga RM300 yang boleh digunakan untuk pembelian RM500 dan ke atas. Baucar berkenaan tersedia di semua platform bermula jam 8:00 malam 10 November sehingga 11:59 malam, 13 November 2025.

    Berikut adalah maklumat mengenai produk-produk HONOR yang terlibat dalam promosi ini:

    ProdukHarga Runcit (RM)Harga Promosi (RM)Hadiah Percuma
    HONOR Magic V56999 –HONOR CHOICE Earbuds Clip Black, Jaminan Kualiti Tanpa Risau 2 Tahun dan Perlindungan Retak Tanpa Risau 1 Tahun
    HONOR Magic7 Pro (512GB)45993699Jaminan Lanjutan 1 + 1 Tahun
    HONOR Magic7 Pro (1TB)51994599Jaminan Lanjutan 1 + 1 Tahun
    HONOR 400 Pro26992499HONOR CHOICE Watch 2i dan Jaminan Lanjutan 1 Tahun
    HONOR 400 (512GB)21991899HONOR CHOICE Earbuds X7e dan Jaminan Lanjutan 1 Tahun
    HONOR 400 (256GB)18991699HONOR CHOICE Earbuds X7e dan Jaminan Lanjutan 1 Tahun
    HONOR 400 Lite1299 –Jaminan Lanjutan 1 Tahun
    HONOR 200 Pro26991999HONOR Choice Earbuds X7e
    HONOR 200 Smart1099699HONOR Choice Earbuds X7e
    HONOR X9d 5G (512GB)1699 –HONOR CHOICE Watch 2i, Perlindungan Retak Depan & Belakang 365 Hari, Jaminan Lanjutan 1 Tahun dan Jaminan Perlindungan Kerosakan Cecair 1 Tahun
    HONOR X9d 5G (256GB)1499 –HONOR CHOICE Watch 2i, Perlindungan Retak Depan & Belakang 365 Hari, Jaminan Lanjutan 1 Tahun dan Jaminan Perlindungan Kerosakan Cecair 1 Tahun
    HONOR X9c 5G16991199Perlindungan Retak Depan & Belakang 365 Hari dan Jaminan Bateri 36 Bulan
    HONOR X7d 4G799699 –
    HONOR X6c 4G599499 –
    HONOR Magicbook Art 14 20255999 –Beg Galas dan Langgunan Percuma 1 Tahun Microsoft 365 Personal (Pra-pasang)
    HONOR MagicPad32999 –HONOR MagicPad3 Smart Touch Keyboard dan HONOR Magic-Pencil 3
    HONOR MagicPad227992499HONOR Magic-Pencil 3 and HONOR MagicPad 2 Smart Bluetooth Keyboard
    HONOR Pad V91999 –HONOR CHOICE Amork, HONOR Pad V9 Keyboard dan HONOR Magic-Pencil 3
    HONOR Pad 101499 –HONOR Pad 10 Smart Bluetooth Keyboard, HONOR CHOICE Pencil dan HONOR CHOICE Headphones Pro
    HONOR Pad 10 5G1799 –HONOR Pad 10 Smart Bluetooth Keyboard, HONOR CHOICE Pencil dan HONOR Choice Headphones Pro
    HONOR Pad X9a (128GB)999 –HONOR Pad X9a Smart Bluetooth Keyboard dan HONOR CHOICE TEHCHOP Pencil
    HONOR Pad X9a (256GB)12991199HONOR Pad X9a Smart Bluetooth Keyboard dan HONOR CHOICE TEHCHOP Pencil
    HONOR Pad X8a799649Percuma Penutup Flip
    HONOR Pad X8a Kids Edition699 –Percuma Penutup Pelindung Kanak-kanak dan Drawing Stick
    HONOR Watch 5 Ultra1099999Percuma Tali Jam
    HONOR Watch 5 (Green)649 – –
    HONOR Watch 5599 – –
    HONOR Band 10199149 –
    HONOR Earbuds Open699599 –

    Dengan setiap pembelian peranti HONOR sewaktu promosi ini, anda akan menerima Beg Sandang Kasual HONOR (bernilai RM149) secara percuma. Ia hanya terhad untuk 200 pembelian pertama sahaja.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan promosi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured