More

    HONOR mengacah telefon mercu baharu di Malaysia – Tampilkan butang AI, tiga kamera

    HONOR mengesahkan pelancaran telefon pintar pertama mereka di Malaysia bagi tahun 2026 yang memberi bayangan kepada kehadiran siri mercu baharu. Ia dikatakan akan hadir dengan peningkatan daripada segi ciri dan prestasi generasi baharu bagi mengukuhkan lagi kedudukan HONOR dalam segmen telefon pintar kelas atasan.

    Dalam pratonton media, HONOR turut berkongsi gambaran awal reka bentuk peranti berkenaan yang menampilkan skrin melengkung pada bahagian tepi bersama kemasan warna oren yang menonjol. Ia juga dilengkapi bingkai logam matte yang dijangka memberikan ketahanan lebih baik serta rasa premium ketika dipegang.

    Reka bentuk keseluruhan peranti dilihat memberi tumpuan kepada gabungan estetika moden dan ergonomik. Selain reka bentuk, telefon pintar mercu ini juga dijangka memperkenalkan beberapa ciri perkakasan baharu termasuk butang khas AI. Walaupun butiran lanjut masih belum didedahkan, kehadiran butang fizikal AI memberi petunjuk kepada integrasi AI yang lebih mendalam dalam penggunaan harian peranti.

    Ia turut akan dilengkapi sistem kamera tiga lensa generasi baharu yang dikatakan direka untuk menawarkan prestasi fotografi bertaraf profesional. Setakat ini, HONOR masih belum mendedahkan nama rasmi telefon pintar berkenaan. Sebaliknya, HONOR menggalakkan pengguna di Malaysia untuk meneka identiti peranti tersebut menerusi kempen yang sedang berlangsung.

    Nantikan maklumat lanjut mengenai spesifikasi, harga dan ketersediaan yang dijangka diumumkan dalam beberapa minggu akan datang. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...