More

    HONOR mengumumkan pelancaran siri HONOR Magic4 di MWC 2022 pada 28 Februari ini

    HONOR mengambil bahagian dalam Mobile World Congress (MWC) di Barcelona dan bakal melancarkan ​​HONOR Magic4 untuk pasaran global pada 28 Februari ini. Bertemakan Power of Magic, siri HONOR Magic4 terbaharu bakal menjadi tajuk utama dan menjanjikan pelancaran yang menarik.

    Seperti yang diumumkan pada platform media sosial HONOR Malaysia baru-baru ini, peminat boleh menjangkakan ciri utama pengecasan wayarles dan fotografi yang lebih maju pada siri HONOR Magic4.

    Pelancaran HONOR Magic4 akan menjadi pengganti kepada siri HONOR Magic3 yang dilancarkan pada bulan Ogos tahun lepas dan telah mendapat perhatian dalam industri telefon pintar.

    Hal ini menyebabkan syarikat itu melancarkan HONOR Magic4 di seluruh dunia sekali gus membuat satu pencapaian yang menarik untuk ditunggu-tunggu. Adakah HONOR Malaysia akan membawa HONOR Magic4 ke Malaysia? Sama-sama kita nantikan.

    Pelancaran global HONOR Magic4 diadakan secara langsung dari MWC di Barcelona 2022 pada 28 Februari 2022 jam 8 malam. Untuk maklumat lanjut, sila layari halaman Facebook HONOR Malaysia.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...