More

    HONOR mungkin akan lancarkan telefon lipat pada tahun ini

    HONOR bakal melancarkan siri telefon andalan HONOR 50 pada hari ini, namun ia mungkin bukan satu-satunya telefon premium yang akan dilancar oleh HONOR pada tahun ini. Syarikat teknologi itu dikhabarkan akan melancarkan telefon lipatnya yang pertama pada hujung 2021, dinamakan sebagai HONOR Magic Fold.

    Telefon lipat itu mungkin akan menggunakan skrin lipat yang dibina oleh BOE Display dan Visionox iaitu dua syarikat elektronik China yang pakar dalam penghasilan skrin gajet.

    Ini adalah berlainan dengan telefon pintar Xiaomi dan vivo yang dijangka akan menggunakan panel Ultra Thin Glass (UTG) oleh Samsung iaitu panel sama yang terdapat dalam Samsung Galaxy Z Fold2. Telefon lipat Xiaomi yang dilancar pada bulan April, Mi MIX Fold, tidak dilengkapi skrin UTG dan ini mungkin telah menyumbang kepada harga peranti itu yang lebih murah daripada telefon lipat lain.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Display Supply Chain

     

    Artikel Terkini

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...