More

    HONOR Pad 8 dan MagicBook 14 (2022) bakal dilancar di Malaysia 18 Ogos ini

    Selain telefon pintar HONOR 70, HONOR Malaysia juga telah mengesahkan bahawa HONOR MagicBook 14 (2022) dan HONOR Pad 8 turut akan dilancarkan. Seperti yang dilaporkan sebelum ini, ketiga-tiga peranti ini akan membuat kemunculan di Malaysia pada 18 Ogos 2022 dan anda boleh tonton video strim langsung pada jam 8 malam.

    Untuk pengetahuan, HONOR MagicBook 14 (2021) mempunyai dua varian AMD iaitu CPU Ryzen 5 6600H + GPU Radeon 660M dan CPU Ryzen 7 6800H + GPU Radeon 680M. Skrinnya menggunakan paparan IPS 14 inci dengan resolusi skrin 2160×1440, kecerahan 300 nit, nisbah kontras 1500:1, RAM DDR4 16GB dan storan SSD 512GB.

    Selain itu, terdapat beberapa varian Intel juga dengan spesifikasi yang lebih kurang sama. Sama seperti varian AMD, varian Intel Core i5 12500H dan Intel Core i7-12650H bersama GPU NVIDIA GTX 2050 atau NVIDIA MX550.

    Bagi HONOR Pad 8 pula, ia menampilkan cipset Snapdragon 680, storan 128GB dan tiga varian RAM iaitu 4GB, 6GB dan 8GB. Tambahan, Pad 8 mempunyai paparan IPS 12 inci dengan segar semula skrin 60Hz beresolusi 2000 x 1200 piksel. Baterinya berkapasiti 7,250mAh, pembesar suara DTS:X Ultra, kamera utama dan swafoto 5MP serta beroperasi menggunakan Magic UI 6.1 berdasarkan Android 12.

    Adakah anda menantikan peranti HONOR akan datang ini minggu depan? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured