More

    HONOR Pad 8 dilancar di Malaysia: Cipset SD 680, RAM 6GB dan bateri 7,250mAh berharga RM1,399

    Selain telefon pintar HONOR 70, HONOR Pad 8 turut dilancarkan di Malaysia membawa harga RM1,399 dan akan mula dijual pada 27 Ogos 2022.

    Hadir dalam warna Blue Hour, HONOR Pad 8 menggunakan cipset Snapdragon 680, RAM 6GB dan storan 128GB. Ia juga mempunyai memori 2GB yang boleh dikembangkan serta memuatkan bateri 7,250mAh sambil menyokong HONOR SuperCharge 22.5W. Terdapat sistem bunyi DTS:X Ultra dengan lapan pembesar suara untuk kualiti tontonan yang mangasyikkan. 

    Ia mempunyai paparan Fullview 12 inci yang menyokong resolusi 2K, nisbah skrin-ke-badan 87% dan menawarkan paparan berbilang yang membolehkan anda membuka sehingga empat tetingkap (Windows) secara serentak. Tambahan lagi, App Extender kini boleh didapati di Lazada, Instagram, Shein, Booking.com dan banyak lagi.

    HONOR turut memberikan tawaran jualan sempena pelancaran di mana anda boleh mendapatkan hadiah bernilai sehingga RM318 termasuk sarung Flip HONOR Pad 8 dan waranti lanjutan 1 tahun. 

    Ketahui lebih lanjut mengenai tablet ini di laman web rasmi HONOR. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured