More

    HONOR Pad V8 dilancar: Dimensity 8020, skrin 11″ 120Hz dan bateri 7,250mAh bermula ~RM1,225

    HONOR telah memperkenalkan tablet terbaharunya iaitu HONOR Pad V8. Ia mempunyai paparan LCD IPS 11 inci dengan resolusi 2,560 x 1,600px dan kadar penyegaran 120Hz. Baterinya berkapsiti 7,250mAh dengan pengecasan 22.5W. HONOR Pad V8 adalah peranti pertama yang menggunakan cipset MediaTek Dimensity 8020.

    Ia adalah cip 6nm dengan empat teras Cortex-A78 pada 2.6GHz dan empat teras A55 pada 2.0GHz serta GPU Mali-G77 MC9. Tablet ini mempunyai RAM 8GB dan storan 128GB atau 256GB dengan dengan slot mikroSD. Model ini dilancarkan dengan MagicUI 6.1 berasaskan Android 12. Beberapa ciri ialah Wi-Fi 6 dan Bluetooth 5.1.

    Selain itu, terdapat empat pembesar suara dengan sokongan DTS:X Ultra. Tablet ini berukuran 7.3mm tebal dan berat 485g. Ia tersedia dalam warna coklat dan kelabu. HONOR Pad V8 boleh dipasangkan dengan stilus Magic Pencil 3 atau Magic Keyboard.

    HONOR Pad V8 berharga CNY 1,900 (~RM1,225) untuk varian 8/128GB dan CNY 2,000 (~RM1,290) untuk varian 8/256GB. Tidak diketahui sama ada HONOR Pad V8 bakal tersedia di luar China kerana model Pro sebelum ini tidak dipasarkan secara global.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: HONOR

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured