More

    HONOR Pad V9 dilancar dengan paparan 11.5″ 144Hz, 8 pembesar suara IMAX Enhanced bermula ~RM1,340

    HONOR baru sahaja melancarkan tablet premium terbaharunya, HONOR Pad V9, dalam pasaran China. Tablet ini tampil dengan rekaan badan logam sepenuhnya yang ultra nipis dengan ketebalan hanya 6.1mm dan berat 475 gram. Ia juga mendapat pensijilan SGS Gold Five Star yang menjamin ketahanan produk.

    HONOR Pad V9 dilengkapi skrin besar 11.5 inci dengan resolusi 2.8K, kecerahan maksimum 500 nits dan kadar penyegaran 144Hz serta menyokong IMAX Enhanced. Sistem audionya juga tidak kurang hebatnya dengan 8 pembesar suara IMAX Enhanced yang menyokong Spatial Audio dan Hi-Res Audio.

    Tablet ini dikuasakan oleh cip MediaTek Dimensity 8350 Extreme Edition bersama bateri besar berkapasiti 10,100mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W. Untuk fotografi, HONOR Pad V9 menawarkan kamera utama 13MP di belakang dan kamera hadapan 8MP untuk swafoto.

    Antara ciri menarik lain termasuk sokongan WiFi 6, Bluetooth 5.2, pembantu maya YOYO AI dan sistem operasi Android 15 berasaskan Magic OS 9.0. Tablet ini hadir dalam pelbagai pilihan warna menarik seperti putih, kelabu dan ungu. Untuk harga, ia bermula 2,099 Yuan (~RM1,340) untuk varian 8/128GB dan sehingga 2,799 Yuan (~RM1,780) untuk varian 12/512GB.

    Terdapat juga versi Soft Light yang bermula pada harga 2,399 Yuan (~RM1,530) dan aksesori tambahan seperti Magic Pencil 3 dan Smart Bluetooth Keyboard. Nantikan pengumuman rasmi daripada HONOR Malaysia jika ia akan tiba di Malaysia.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tablet ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: HONOR

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured