More

    HONOR Pad X7 turut dilancar di Malaysia dengan skrin 8.7″, bateri 7,020mAh berharga RM499

    Selain memperkenalkan telefon pintar terbaharu X7d, HONOR Malaysia turut melancarkan sebuah tablet baharu iaitu HONOR Pad X7. HONOR Pad X7 hadir dengan skrin 8.7 inci (TFT/IPS) beresolusi 1340 × 800 piksel dan menyokong kadar segar semula 90Hz.

    Ia dikuasakan cip Qualcomm Snapdragon 680 (6nm) dipadankan dengan RAM 4GB serta storan dalaman 64GB. Ruang storan boleh diperluas sehingga 1TB melalui kad microSD. Tablet ini dilengkapi kamera belakang 8MP dengan fungsi autofokus dan HDR manakala kamera swafoto menggunakan sensor 5MP.

    Kedua-duanya menyokong rakaman video 1080p pada 30fps. Bateri pula berkapasiti 7020 mAh dengan sokongan pengecasan berwayar 10W. Rekaan Pad X7 mengekalkan bentuk yang ringkas dengan berat sekitar 365g dan ketebalan 8mm.

    Ia menggunakan pembesar suara stereo, namun tidak menyertakan bicu audio 3.5mm. Untuk sambungan, ia menyokong WiFi dwijalur, Bluetooth 5.0 dan port USB-C. Selain itu, sistem operasinya tampil dengan Android 15 bersama antaramuka MagicOS.

    HONOR Pad X7 dijual pada harga RM499 dan tempahan dari 24 September hingga 9 Oktober 2025 menawarkan hadiah eksklusif. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tablet ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...