More

    HONOR Pad X8a dan Edisi Kids rasmi di Malaysia dengan harga bermula RM699

    HONOR Malaysia telah melancarkan dua tablet baharu iaitu HONOR Pad X8a dan Edisi Kids yang menawarkan ciri-ciri premium pada harga berpatutan. HONOR Pad X8a dilengkapi dengan paparan 11 inci beresolusi 1920×1200, RAM 8GB dan storan 128GB dengan keupayaan untuk pengembangan storan sehingga 1TB serta menyokong sambungan 4G LTE.

    Dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 680 dan perisian MagicOS 8.0, HONOR Pad X8a hadir dengan pelbagai ciri pintar seperti Multi-screen Collaboration dan Smart Split-Screen. Sistem audio tablet ini juga diperkasakan dengan empat pembesar suara dan teknologi HONOR Histen Sound Tuning.

    Edisi Kids pula direka khusus untuk kanak-kanak dengan menampilkan sarung pelindung dan pensil melukis. Ia mempunyai RAM 8GB dan storan 64GB dengan kapasiti storan yang boleh dikembangkan. Edisi Kids dilengkapi dengan aplikasi mesra kanak-kanak dan kawalan ibu bapa melalui Family Link yang membolehkan mereka mengawal kandungan dan masa penggunaan.

    Kedua-dua tablet menawarkan ciri perlindungan mata termasuk mod E-book, teknologi pemalapan dinamik dan pensijilan TÜV Rheinland. HONOR Pad X8a dilancar dengan tanda harga RM799 manakala Edisi Kids berharga RM699. Kedua-dua tablet tersedia untuk dibeli secara dalam talian atau di kedai fizikal.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tablet terbaharu ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Samsung janji 5 tahun sokongan kemas kini Untuk Galaxy Watch9 Dan Watch Ultra2

    Samsung secara rasmi mengumumkan peningkatan polisi sokongan perisian bagi jam tangan pintar terbaharunya iaitu Galaxy Watch9 dan Galaxy Watch Ultra2 sewaktu acara...

    Qualcomm bakal lancar SD 8 Elite Gen 5 lebih murah untuk telefon “flagship killer”

    Qualcomm didakwa sedang menghasilkan versi baharu bagi cipset Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dijadualkan dilancarkan ke pasaran lewat tahun ini. Cip...

    Google kini benarkan log masuk akaun guna video selfie

    Google secara rasmi memperkenalkan kaedah log masuk baharu menerusi rakaman video selfie bagi pengguna yang terputus akses atau terkunci daripada Akaun Google...

    Siri HUAWEI Pura 90s tersedia di Malaysia — Dilengkapi kamera 200MP bermula RM3,699

    HUAWEI secara rasmi melancarkan siri HUAWEI Pura 90s dan fon telinga terbuka HUAWEI FreeClip 2 S untuk pasaran Malaysia. Model utama HUAWEI...

    HMD mahu hidupkan semula pengalaman Nokia Lumia pada Android

    HMD Global dilaporkan sedang menguji antaramuka pengguna berasaskan rekaan tile yang menyerupai konsep Live Tiles daripada era Lumia dan Windows Phone. Maklumat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured