More

    HONOR Pad X9a akan dilancar di Malaysia pada 26 Mac 2025

    Pada awal minggu ini, HONOR Malaysia mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan lima peranti baharu dengan fungsi berdasarkan AI. Kini HONOR mengesahkan bahawa peranti pertama dalam siri produk baharu ini adalah HONOR Pad X9a (WiFi) yang akan dilancar pada 26 Mac 2025.

    HONOR Pad X9a merupakan penyambung kepada HONOR Pad X9 yang dilancar pada 2023, dan merupakan antara tablet paling laris pada tahun tersebut. Tablet baharu ini dilengkapi skrin HONOR FullView berukuran 11.5 inci dengan resolusi 2.5K, kadar segar semula 120Hz dan teknologi HONOR Eye Comfort untuk mengurangkan sakit mata jika anda menonton skrin ini dalam tempoh yang lama.

    Ia turut mempunyai bateri besar 8,300mAh yang boleh menyediakan tontonan video selama 11.5 jam dan ia menyokong kadar pengecasan pantas 35W HONOR SuperCharge.

    Apabila ia dijual secara rasmi kelak, setiap unit tablet ini akan dipakejkan dengan papan kekunci dan stilus percuma bagi memudahkan anda melakukan tugas produktiviti dengannya.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tablet baharu ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured