More

    HONOR perkenalkan perlindungan mata, pengesanan Deepfake melalui AI untuk telefon pintar

    HONOR telah mempamerkan kemajuannya dalam AI pada peranti di MWC Shanghai 2024 dengan tumpuan pada pemerkasaan dan keselamatan pengguna. HONOR memperkenalkan dua ciri AI iaitu AI Defocus Eye Protection dan AI Deepfake Detection.

    HONOR memperkenalkan teknologi AI Defocus Eye Protection memandangkan peningkatan Myopia (rabun dekat) yang disebabkan oleh penggunaan skrin jangka panjang. Teknologi ini menggunakan AI untuk mensimulasikan cermin mata nyahfokus pada paparan peranti pintar itu.

    Kesan seperti cermin mata ini menyebabkan nyahfokus terkawal dalam medan visual persisian pengguna untuk membantu mengekalkan penglihatan pusat yang jelas. Ia mewujudkan persepsi visual yang diubah yang memperlahankan proses pemanjangan mata.

    HONOR mendakwa teknologi AI Defocus Eye Protection mengurangkan Myopia sementara pengguna sebanyak 13° secara purata selepas membaca selama 25 minit, malah sesetengah pengguna mengalami pengurangan maksimum sebanyak 75°.

    Untuk pengesanan Deepfake AI, HONOR berkata teknologi ini akan membantu mencegah penipuan dan mengesan kandungan yang dimanipulasi secara digital. Ia akan dilakukan dengan memeriksa kandungan yang dijana bingkai demi bingkai seperti hubungan mata, kejelasan imej, pencahayaan dan main balik video untuk mengenal pasti kecacatan yang tidak dapat dilihat oleh mata manusia.

    Teknologi pengesanan Deepfake AI telah dilatih melalui set data besar imej dan video yang berkaitan dengan penipuan dalam talian yang membolehkan AI melakukan pengenalan, penyaringan dan perbandingan dalam masa tiga saat.

    Jika kandungan yang dimanipulasi dikesan oleh AI Deepfake Detection, amaran risiko serta-merta muncul untuk menghalang pengguna daripada terus terlibat dengan siapa yang berpotensi menjadi penipu. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: HONOR

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured