More

    HONOR Play 30 Plus 5G dilancar: Miliki Dimensity 700, skrin LCD 6.75″ dan bateri 5,000mAh bermula ~RM726

    Baru-baru ini, HONOR telah melancarkan siri HONOR X30 bersama HONOR Play 30 Plus 5G. Walaupun X30 adalah telefon pintar kelas pertengahan dan Play 30 Plus 5G adalah kelas permulaan, tetapi ia masih mempunyai kecemerlangannya sendiri.

    Honor Play 30 Plus 5G mempunyai modul kamera berbentuk pil di bahagian belakang dengan dua lubang besar sama seperti siri Honor 60. Terdapat denyar LED untuk membantu dalam persekitaran gelap. Bahagian belakangnya terdapat kamera utama 13 MP dan sensor kedalaman 2 MP. Kamera 5MP swafotonya pula terletak pada takuk titisan air (waterdrop).

    HONOR Play 30 Plus 5G dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 700, RAM 8GB dan 128GB storan dalaman serta pengembangan storan dengan kad SD mikro. Ia beroperasi berdasarkan TSMC 7nm dan membawa dua teras ARM Cortex-A76 yang mencatatkan masa sehingga 2.2 GHz dan enam teras ARM Cortex-A55 sehingga 2 GHz. GPU-nya menggunakan Mali-G57 MP2.

    Ia hadir dengan bateri berkapasiti 5,000 mAh dengan sokongan pengecasan pantas 22.5 W. Ia beroperasi menggunakan Android 11 dengan paparan antara muka Magic UI 5.0. Skrinnya menggunakan LCD TFT 6.75 inci dengan resolusi HD+ 1,600 x 720 piksel dan segar semula 90Hz. Peranti ini mempunyai pensijilan TUV Rheinland dan nisbah skrin-ke-badan 90.7 peratus.

    Spesifikasi lain termasuk bicu audio 3.5 mm, Wi-Fi dwijalur, Bluetooth 5.1 dan port USB-C. HONOR Play 30 Plus 5G varian permulaan dengan RAM 4GB berharga CNY 1,099 (~RM726). Varian RAM 6GB berharga CNY 1,299 (~RM860) dan terakhir mempunyai RAM 8GB berharga CNY 1,499 (~RM990).

    Peranti ini hadir dalam empat warna iaitu hitam, biru, emas dan perak. Buat masa ini, tiada maklumat mengenai ketersediaannya untuk pasaran global. Komen di Facebook kami tentang pendapat anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured