More

    HONOR Play 70 Plus dilancar: Snapdragon 6s Gen 3 dan bateri 7,000mAh bermula ~RM900

    HONOR telah melancarkan model baharu Play 70 Plus di China, sebuah telefon pintar 5G kelas pertengahan yang dilengkapi cipset Snapdragon 6s Gen 3 dan bateri besar 7,000mAh. Peranti ini dibina dengan ketahanan tinggi, menerima pensijilan rintangan jatuh lima bintang dan penarafan IP65 untuk kalis air dan habuk.

    Ia menampilkan skrin LCD 6.77 inci dengan resolusi HD+, kadar segar semula 120Hz dan mod perlindungan mata termasuk mod cahaya semula jadi. Telefon ini juga hadir dengan sensor cap jari di sisi dan butang AI khusus untuk akses pantas kepada fungsi seperti pembersihan memori, pelarasan kecerahan, dan semakan penghantaran. Di bahagian kamera, Play 70 Plus menawarkan kamera utama 50MP dengan ciri AI seperti buang objek, peluasan imej dan pembetulan mata.

    Ia turut dilengkapi pembesar suara stereo berkembar dengan tahap bunyi sehingga 400%, menyokong NFC berbilang senario dan pengecasan berbalik. Sistem operasinya berasaskan Magic OS 9.0 berteraskan Android 15. HONOR Play 70 Plus ditawarkan dalam tiga varian termasuk 8GB+256GB pada 1,199 Yuan (~RM900), 12GB+256GB berharga 1,399 Yuan (~RM1,050) dan 12GB+512GB pada 1,599 Yuan (~RM1,200) dengan pilihan warna biru, hitam, merah jambu dan putih.

    Sementara itu, laporan terkini menyebut bahawa HONOR bakal melancarkan model HONOR 400 Smart dan HONOR X7d untuk pasaran global yang dipercayai merupakan versi penjenamaan semula Play 70 Plus berdasarkan nombor model yang sama, LOG-NX1. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...