More

    HONOR rancang bateri 7,000mAh sebagai standard baharu “flagship”

    HONOR dilaporkan merancang untuk menjadikan bateri berkapasiti 7,000mAh sebagai standard baharu bagi telefon pintar andalan mereka, menurut pendedahan oleh Digital Chat Station. Perubahan ini bakal memberi impak besar kepada daya ketahanan bateri dalam peranti kelas atasan HONOR.

    Langkah yang diambil dipercayai selari dengan trend semasa industri yang mula menawarkan bateri lebih besar tanpa menjejaskan reka bentuk peranti. Selain itu, HONOR juga dilaporkan akan memperkenalkan bateri sehingga 8,000mAh pada peranti kelas pertengahan terpilih.

    Walaupun saiz bateri meningkat, HONOR dijangka mengimbangi faktor ketebalan dan berat peranti dengan penggunaan teknologi pengecasan pantas termasuk sokongan pengecasan 100W. Ini membolehkan pengguna menikmati hayat bateri lebih lama tanpa menunggu lama untuk mengecas.

    Peranti dengan bateri 7,000mAh dijangka diumumkan pada tahun ini yang sekaligus menandakan permulaan era baharu telefon pintar dengan kapasiti bateri lebih besar sebagai standard. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Digital Chat Station

     

    Artikel Terkini

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...