More

    HONOR rasmikan kedai ke-100 dalam Malaysia, terletak di KLCC

    Pada 28 Jun lalu, HONOR Malaysia telah merasmikan kedai HONOR Experience Store yang ke-100, terletak di pusat beli-belah Suria KLCC, Kuala Lumpur. Ini merupakan detik kejayaan yang penting buat HONOR Malaysia sejak memasuki pasaran tempatan pada 2019.

    Pelbagai produk HONOR yang terkini ditawarkan dalam kedai itu, seperti siri telefon pintar HONOR 400, komputer riba HONOR MagicBook Pro 14, tablet HONOR Pad 10, jam tangan HONOR Watch 5 Ultra dan gelang tangan HONOR Band 10. 100 pengunjung terawal yang mengunjungi kedai HONOR dalam Suria KLCC ini telah diberi hadiah edisi terhad dan diskaun istimewa.

    Menurut sebuah kajian yang dilakukan oleh pihak ketiga, HONOR kini merupakan antara jenama elektronik yang paling popular di Malaysia, terutamanya untuk segmen pertengahan premium. Sebagai contoh, untuk semua telefon yang dijual dalam jurang harga RM1,500-RM3,000, satu daripada empat telefon itu adalah dari jenama HONOR.

    Berikutan kedai ke-100 ini, HONOR merancang untuk melabur sebanyak RM10 juta setiap tahun bagi memperluaskan rangkaian kedai di Malaysia dan meningkatkan pengalaman pelanggan.

    Contohnya, HONOR Malaysia kini sudah pun menawarkan 18 pusat servis rasmi dalam seluruh negara. Menjelang tahun ini, HONOR mahu meningkatkan jumlah tersebut kepada antara 22 hingga 25 pusat servis rasmi, lantas menjadikannya jenama teknologi dengan lokasi rangkaian pusat servis terbesar di Malaysia.

    Layari laman web HONOR Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian produknya. Beritahu kami di Facebook jika anda bermiant dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...